• Ayam
  • Daging
  • Manisan
  • Mee
  • Nasi
  • Seafood
  • Western

Sunday, April 28, 2013

Spagetti Seafood

Bahan2
Spagetti(rebus&tos)
Sos Bolognese daun selasih&bawang Kimball
Udang&sotong
Kiub ikan bilis
Serbuk lada hitam
Air masak secukupnya

Cara Membuat:
1.Rebus&toskan spagetti.
2.Masak sos bolognese ke dlm kuali,masukkan air,serbuk lada hitam&kiub ikan bilis.Kacau sebati.
3.Masukkan sotong&udang sehingga masak.


Aneka Penkek

Bahan2
Tepung gandum 3/4 cawan
Telur 2 biji
Gula kastor 4 sudu besar
Serbuk penaik 1 sudu kecil
1 sudu kecil esen vanilla
Minyak masak 1 sudu kecil
Susu cair 1/2 cawan
Marjerin utk menggoreng

Cara Membuat:
1.Telur dipukul bersama gula sehingga sebati.
2.Satukan tepung&serbuk penaik.
3.Masukkan adunan telur ke dlm adunan tepung.
4.Masukkan minyak masak,esen vanilla&susu cair.Gaul sebati.
5.Sapu marjerin atas kuali leper,masukkan adunan penkek&goreng sehingga masak.
6.Boleh dimakan bersama jem atau aiskrim.






Cendawan Sumbat Sosej Berkeju

Bahan2
Cendawan shitake/butang
Sosej (goreng/panggang)
Bawang besar (cincang)
Daun bawang (cincang)
Serbuk lada hitam
Keju cheddar(potong kecik2)

Cara Membuat:
1.Buang batang cendawan,gaul cendawan dgn serbuk lada hitam.
2.Masukkan inti bawang,daun bawang,lada merah,sosej&keju cheddar.
3.Bakar dlm mikrowave 2-3minit sehingga masak.


Thursday, April 25, 2013

Bijiran Coklat Marshamallow

Bahan2
Coklat cair
Marshamallow
Bijiran koko krunch



Muffin Keju Jagung

Bahan2
Tepung serbuk penaik 110gm
Serbuk penaik 2 sudu kecil
Mentega 110gm
Gula kastor 100gm
Telur 2biji(pukul dgn garpu)
Keju cheddar 50gm(parut halus)
Susu 1 sudu besar
Jagung krim manis 3 sudu besar
Hiasan;keju parmesan paut 40gm

Cara Membuat:
1.Pukul mentega&gula 2 minit,Masukkan telur&bahan kering yg diayak.Pukul kelajuan sederhana 2 minit.Masukkan jaguing krim,keju parut,susu&pukul.
2.Dgn gunakan pencedok aiskrim,bubuh 1 senduk batter di tengah2 acuan muffin.
3.Taburkan dgn keju jika suka.
4.Bakar dlm oven 175'c 20 minit.


Smoothie Coklat Pisang

Bahan2
Pisang 2biji
Susu segar 2 cawan
Serbuk koko 2 sudu besar
Gula pasir 4 sudu besar(ikut atas kemanisan)
Coklat urai
Ais secukupnya

Cara Membuat:
1.Masukkan susu segar,pisang,serbuk koko&ais.Kisar sebati.
2.Masukkan ke dlm gelas&tabur coklat urai&hias dgn pisang.


Kuih Ropa

Bahan2
Kulit Ropa
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur

Inti Ropa
Daging/ayam(ptg kecik2)
Ubi kentang 1biji (cincang dadu)
Bawang besar 1 labu(cincang dadu)
Serbuk kurma 2 sudu besar
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil
Halia parut 1/2 sudu kecil
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.Buat kulit ropa; Kacau semua adunan sehingga sebati&masak atas kuali mcm buat lempeng.
2.Intinya; kacau semua adunan sebati kecuali bawang besar.
3.Masak dlm kuali&goreng sehingga daging&ubi kentang betul2 masak&empuk.
4.Masukkan bawang besar sehingga layu sedikit.
5.Kulit ropa,isikan intinya&gulung&lipat ikut kegemaran anda.




Aneka Kentang

Bahan2
Ubi kentang(hiris nipis&bakar dulu)
Mayonis+krim jagung manis(inti jagung)
Sos Bolognese/spagetti
Keju cheddar(ptg kecik2)

Cara Membuat:
Bakar kentang.isikan inti jagung atau sos bolognese,tabur keju cheddar&bakar ke dlm mikrowave 6-8minit.


Aiskrim Homemade

Bahan2
1 tin susu pekat manis
2 tin susu air masak
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
2@3 sudu besar serbuk koko/perasa lain
Buah pic,strawberi(jika suka)

Cara Membuat:
1.Tuang susu pekat manis&air ke dlm periuk.
2.masuk sesudu penuh tepung jagung.
3.kacau rata sehingga sebati atas api hingga tepung jagung masak.
4.Angkat adunan masuk ke dlm bekas besar.Sejukkan seketika kat luar.
5.Apabila dah sejuk,tambah 1 sudu besar ovalette&esen vanilla.
6.Kisar semua bahan sehingga gebu,ringan&penuh bekas.Bahagikan beberapa adunan ikut perasa&pewarna atau taruh buah jika suka.




Pai Kentang Bolognese

Bahan2
Kentang Lenyek
Ubi kentang 4 biji(rebus,tos&lenyek)
Susu cair 1/2 cawan
Serbuk lada hitam 1 sudu teh
Marjerin 1 sudu besar

Sos Bolognese
Tomato puri  8 sudu besar
Bawang besar 1 labu(cincang)
Air 1/2 cawan
Tomato 1 biji
Daging cincang
Serbuk lada hitam 1 sudu teh
Keju cheddar

Cara Membuat:
1.Rebus kentang,tos&lenyek.Masukkan bahan2 lain&kacau sebati.
2.Buat sos bolognese,tumis bawang sehingga perang.Masukkan daging cincang&goreng sehingga masak.Masukkan tomato puri,tomato biji,air&serbuk lada hitam.Kacau sehingga masak.
3.Dlm bekas kaserol,masukkan sos bolognese dahulu baru masukkan adunan kentang lenyek.
4.Tabur keju cheddar&bakar dlm mikrowave 6-8minit.




Friday, April 5, 2013

Pai Sayur Berkeju

Bahan2
1 cawan tepung
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 biji ubi kentang(parut)
1 tgh batang lobak merah(parut)
1 cawan keju cheddar
Nuget ayam(jika suka)
Garam&serbuk lada hitam secukup rasa

Cara Membuat:
1.Pukul telur bersama susu cair hingga sebati.
2.Gaul semua bahan di atas&kacau sebati.
3.Tuang dlm bekas kaserol yg telah disapu dgn minyak&bakar 8minit dlm mikrowave.