• Ayam
  • Daging
  • Manisan
  • Mee
  • Nasi
  • Seafood
  • Western

Monday, April 30, 2012

Kek Bebola Coklat

Bahan2
125gm marjerin
100gm gula kastor
125gm tepung serbuk penaik
1 sudu besar emulco coklat
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Hiasan coklat manik urai

Cara Membuat:
1.Pukul marjerin&gula hingga kembang.
2.masukkan telur bselang seli dgn tepung.
3.Tambahkan emulco coklat&esen vanilla.Kacau rata.
4.Tuang adunan yg dilegnser&ditabur tepung.
5.Bakar dlm ketuhar 180'c selama 45-50minit hingga menganjal disentuh.
6.Sejukkan&hancurkan kek hingga menjadi serbuk.
7.Tuang coklat masakan yg dicairkan&gaul rata.
8.Buat bebola&golekkan ke dlm coklat manik urai.


Thursday, April 26, 2012

Lempeng Pisang Ala Mint

Bahan2
8 biji pisang awak/kelat siam
1 cawan tepung beras
Kelapa parut
1/2 cawan gula

Cara Membuat:
1.Lecekkan pisang sehingga halus2.
2.Masukkan gula,tepung beras&kelapa parut&kacau adunan sampai sebati.
3.Panaskan kuali,sapukan sedikit minyak.
4.Ambil 1 senduk adunan&tuangkan sampai masak.
5.Balik2kan adunan&boleh dimakan.


Choux Goreng

Bahan2
1 cawan air
100gm mentega
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur
175ml minyak masak utk menggoreng
1 sudu kecil gula kastor
140gm parutan keju cheddar(jika suka)

Cara Membuat:
1.Tuangkan air dlm periuk&masukkan mentega.
2.Biarkan sehingga air mendidih&mentega menjadi cair.
3.Masukkan tepung sedikit &kacau rata mengguna serbuk kayu.
4.Kacau scr perlahan2&sekata utk elakkan ketul2&adunan tidak melekat di periuk.
5.Tutup api&biarkan adunan sejuk seketika sblm dimasuk telur krn jika adunan masak,telur akan masak&tidak mengembang.
6.Masukkan keju cheddar&sebatikan.Kemudian bulat2kan.
7.Goreng sehingga menjadi kuning keemasan.
8.Sadurkan dgn gula kastor.



Milo Mousse

Bahan2
3/4 cawan serbuk milo
4 sudu besar air panas
2 biji telur(diasingkan)
2 sudu besar gula atau secukup rasa
11/2 cawan susu sejat
2 sudu kecil serbuk agar2(tanpa perisa)
dilarutkan dlm 1/2 cawan air panas
Jejari coklat

Cara Membuat:
1.Larutkan serbuk milo dlm air panas,kemudian masukkan kuning telur dan gula.Pukul hingga campuran sebati.
2.Panaskan susu sejat sehingga kelihatan buih di sekelilingnya
3.Masukkan sambil kacau campuran sedikit demi sedikit&masak sehingga campuran menyaluti sudu
4.Masukkan agar2,kemudian biarkan ia sejuk.
5.Sejukkan campuran dlm peti ais sehingga separa keras&kelikatannya spt putih telur yg tidak dipukul.
6.Pukul putih telur sehingga kembang&kaup balikkan ke dlm campuran.
7.Masukkan campuran ke dlm bekas desert berasingan&sejukkan hingga keras.
8.hiasai dgn jejari coklat.


Aiskrim Milo

Bahan2
1 cawan coffemate
1 cawan air milo

Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan2 dan kisar sampai kembang.
2.Masukkan dlm peti sejuk selama 4jam.
3.Kisar kembali beberapa kali dan bekukan kembali.
4.Sedia dimakan dgn biskut jejari coklat.


Tuesday, April 10, 2012

Puteri Mandi

Bahan2                                
500gm tepung pulut
Air secukupny
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau,merah

Bahan Kuah
1/2 biji kelapa parut
500gm gula
250ml air secukupnya
1 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara Membuat:
1.Campurkan tepung pulut bsama sedikit garam.Bancuh dgn air sedikit2 sehingga menjadi doh yg sebati.
2.Bahagikan kpd 3 bahagian.Setiap bahagian warnakan dgn warna merah,hiajau&warna asal putih.
3.Ambil 1 sudu doh&bulatkan&tekan sedikit tengahnya.Ulangi sampais emua doh habis dibentuk.
4.Didihkan air&masukkan doh tadi.Masak sehingga doh timbul di permukaan.
5.Angkat&sejukkan dlm air sejuk.
6.Utk membuat kuah,masakkan air,daun pandan&gula hingga gula hancur sepenuhnya.
7.Masukkan kelapa parut&kacau sehingga kuah pekat.Masukkan doh yg tlh sejuk ke dlmnya&gaul rata.

Friday, April 6, 2012

Apam Polkadot Pandan Kaya

Bahan2
270gm tepung gandum
3 sudu kecil serbuk penaik
150ml susu segar
3 biji telur
230gm gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovallete
1 sudu besar pes pandan
Pewarna hijau
Sedikit kaya(inti)

Cara Membuat:
1.Masukkan telur,gula halus,esen vanilla&ovallete ke dlm mesin pengadun.Putar hingga kembang.
2.Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis.Tambahkan pes pandan.
3.Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian&titiskan pewarna hijau.
4.Masuk adunan dlm mangkuk kertas.Sudukan sedikit kaya di tengahnya&masukkan lagi adunan sehingga hampir penuh.
5.Gunakan piping bag&paipkan bentuk polkadot menggunakan adunan berlainan warna&kukus selama 10minit.(Pastikan air betul2 panas sblm mengukus&gunakan api yg sederhana semasa mengukus.)

Buah Kerkoh Puek@Buah Melaka@Onde2

Bahan2
300g tepung pulut
250ml air
1/2 sudu kecil garam
1/2 biji kelapa parut putih
5 helai daun pandan(ambil airnya)
Sedikit pes pandan
100gm gula melaka(tmbh dgn gula pasir)

Cara Membuat:
1.Masukkan tepung pulut dlm mangkuk&masukkan air.
2.Masukkan air daun pandan.Uli bahan tsbt lbh kenyal.
3.Ambil sedikit adunan jadikan bebola kecil&leperkan.Letakkan sedikit gula melaka di tengahnya&bulatkan semula.
4.Didihkan air dlm periuk&masukkan doh yg tlh siap tadi.Tunggu sehingga doh timbul.
5.Angkat&golekkan di atas kelapa parut.