• Ayam
  • Daging
  • Manisan
  • Mee
  • Nasi
  • Seafood
  • Western

Thursday, December 27, 2012

Kek Kentang

Bahan2
Kentang lenyek 1 cawan
Marjerin 3/4 cawan
Telur 1 biji
Tepung gandum 3/4 cawan
Gula kastor 1/2 cawan
Susu segar 1/2 cawan

Cara Membuat:
1.Pukul marjerin&gula hingga kembang.Masukkan telur.Pukul sebati.
2.Masukkan susu,marjerin&tepung,kentang lenyek&gaul sebati.
3.Tuang adunan dlm loyang&bakar sehingga masak.



Crepe Kastard Jagung

Bahan2
150gm tepung serbaguna
100ml susu segar
150ml air
1 biji telur
Secubit garam
55gm krim jagung

Bahan Inti:
30gm tepung kastard
300ml susu segar
100ml air
1 biji kuning telur
100gm krim jagung
300ml krim segar-double krim

Cara Membuat Crepe:
1.Satukan semua bahan&kacau rata(tidak berbiji)
2.Dgn menggunakan kuali leper,aduan dibuat dadar nipis.Ketepikan.

Cara Membuat Inti:
1.Tepung,susu,sair,telur&jagung disatukan,kacau selalu&masak hingga pekat.
2.Krim dipukul hingga gebu&keras.Apabila adunan sejuk,masukkan krim&gaul sebati.
3.Sejukkan hingga betul2 pejal.
4.Masukkan inti ke dlm crepe&lipat atau buat kuah kastard jagung jika suka.




Muffin Jagung

Bahan2
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan minyak sayuran
3/4 cawan jagung krim
2 sudu besar susu sejat
1 sudu teh serbuk penaik

Cara Membuat:
1.Pukul telur&gula hingga kembang.
2.Masukkan jagung&gaul sebati.
3.Masukkan tepung&serbuk penaik,gaul hingga rata.
4.Masukkan susu cair&gaul sebati.
5.Tuangkan adunan dlm acuan muffin&bakar hingga kekuningan.



Muffin Lobak Merah

Bahan2
4 btg lobak merah(parut/sagat)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
3/4 cawan minyak sayuran
1 cawan susu segar
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara Membuat:
1.Panaskan ketuhar suhu 170'c.
2.Ayak tepung,serbuk kayu manis&garam.Ketepikan.
3.Pukul bersama minyak,susu,telur,gula perang,vanilla&lobak merah yg tlh diparut tadi.(tidak perlu sehingga kembang)
4.Masukkan tepung yg tlh diayak&kacaus sebati.
5.Masukkan adunan dlm 3/4 muffin cup&tabur sedikit dgn lobak merah yg diparut&bakr selama 15-20minit.(bgtg pd ketuhar)



Jejari Roti Dip Jagung

Bahan2
5 keping roti putih
3 sudu mkn mentega(cairkan)
Serbuk kayu manis(pilihan)

Bahan Sos(Dip Jagung)
100ml mayonis
75ml krim jagung manis
30gm keju cheddar
Serbuk paprika
Serbuk cili

Cara:
1.Roti putih dipotong memanjang.
2.Celup roti ke dlm mentega yg dicairkan&salut dgn serbuk kayu manis.
3.Bakar selama 7 minit suhu 180'c.Ketepikan.
4.Utk membuat sos,satukan kesemua bahan&kacaus ebati.
5.Hidangkan bersama jejari roti tadi.


Friday, December 14, 2012

Spagetti Keju Bakar/Meesagna

Bahan2
Spagetti(pilihan sndiri)/Maggi
Sos Bolognese segera
Sos Putih/Sos Carbonara segera
Daging cincang
Keju parut
Cendawan(pilihan)


Cara Membuat:
1.Rebus spagetti hingga masak,toskan&ketepikan.
2.Masak daging cincang dgn sos Bolognese segera.
3.Dlm bekas kaserol,masukkan spagetti yg tlh direbus,masukkan daging cincang+sos boloegnese.
4.Lapiskan dgn sos putih&taburkan keju parut.
5.Ulang langkah 3-4 dan boleh dibakar dlm oven sehingga masak.




Roti telur berkeju

Bahan2
Roti putih(ptg 4)
Keju cheddar(ptg 4)
Telur 2 biji(pukul)
Minyak utk menggoreng.

Cara Membuat:
1.Masuk keju dlm roti&potong kecil2 kpd 4
2.Celupkan roti keju&celup dgn telur&goreng.


Kek Coklat

Bahan2
1 cawan coklat gelap cincang
6 sudu besar mentega cair
2 biji telur
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung
1 sudu besar serbuk koko
Secubit garam

Cara Membuat:
1.Cairkan coklatdgn mentega.Masuk serbuk koko.Gaul sebati.
2.Pukul telur dgn gula selama 3 minit.Campur adunan coklat masuk tepung&garam.gaul sebati.
3.Tuang dlm bekas ramekin yg diigriskan dgn mentega/gula halus.
4.Masuk ramekin dlm freezer 5 minit.Keluarkan&bakar dlm oven selama 11minit.(takleh lebih drp 15minit)
5.Keluarkan&biarkan selama 3minit.




Talam Gula Melaka

Bahan2
Bahan Bawah(Lapisan Gula Melaka)
1 kpg gula melaka(hiris halus2)
1/4 cawan gula pasir
3 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi

Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan&adun hingga sebati.
2.Panaskan kukusan&kukus hingga masak dlm loyang hingga masak.Tuangkan lapisan putih.

Bahan Atas(Lapisan Putih)
2 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
Secubit garam

Cara Membuat:
Adunkan hingga rata,tuangkan adunan ke atas lapisan gula melaka&kukus hingga masak.


Croquette

Bahan2
3-4 biji ubi kentang
Daun bawang/daun kucai9ptg halus)
1/2 biji bawang(cincang)
Ayam/daging cincang 150gm
Serbuk roti
Keju parut
2 biji telur(pukul)
Lada sulah
Minyak utk menggoreng
Tepung gandum(utk salut)

Cara Membuat:
1.Rebus&lenyek kentang dlm mangkuk.
2.Tumis bawang hingga naik bau,masuk ayam/daging cincang.Masuk daun kucai,garam&lada sulah.
3.Masuk bahan yg digoreng dlm mangkuk berisi ubi kentang.Tambahkan keju&kacau rata.
4.Buat adunan bentuk bulatan&bujur.
5.Gaul dgn tepung,telur&serbuk roti&goreng hingga keperangan.




Aiskrim Yogurt Strawberi

Bahan2
1 cawan Yogurt strawberi Nestle
1 cawan Creamer Nestle
Kon aiskrim

Cara Membuat:
1.Satukan yogurt&creamer dan kisar sampai kembang.
2.Simpan dlm bekas&bekukan dlm 2-3jam.
3.Ambil semula aiskrim&kisar semula sampai kembang.
4.Bekukan selama 4-6jam&boleh dimakan dgn kon aiskrim.