• Ayam
  • Daging
  • Manisan
  • Mee
  • Nasi
  • Seafood
  • Western

Thursday, April 21, 2011

Kuih Cara Berlauk

Bahan-bahan:
1) tepung gandum (lbh krg scwn)
2) air masak
3) telur
4) sedikit garam
5) sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
cara - msukn semua bhn , pastikn air dgn tepung letak skit2 spy xbketul pastu blenderkn.- ketpikan

Bahan inti:
1) daging cincang
2) serbuk kari adabi 1 pek - bancuh dgn air(spy xhangit)
3) daun kari
4) 1 labu bwg bsar - ptong dadu
5) daun sup
6) bwg merah 5 ulas - mayang
7) bwg putih 3 ulas - tumbuk
8)8) air asam jawa
9) sedkit air
10) cili merah potong serong

Cara buat inti
- tumis bwg putih, bwg merah, daun kari hingga layu + serbuk kari- tumis smpi pecah minyak + daging ttup periuk..tggu kejap smpi kluar air daging.
tambah air asam jawa + garam + air....kacau sampi empuk dan inti agak kering.

leserkn dulang cara dgn minyak msk guna berus @ daun pandan(wangi klu guna daun pandan)
mskn tepung td separuh acuan dulang-tutup dulang acuan...nmpk dh mcm dh kering ( jgn msk sgt cz nk tambah inti plok)
msuk inti daging daun sup+ 1 cili serong td-ttup dulang ttgu sampi msk

Roti Jala Kuah Serawa

Bahan-bahan roti jala:
Tepung gandum (1cawan)
Telur(1 biji)
Secubit garam
Sedikit air
Pewarna kuning@serbuk kunyit


Cara:
Blender semua adunan pahtu menjala di atas alat utk membuat roti jala di atas kuali yg x melekat.


Bahan Kuah Serawa:
Santan(setgh biji buoh kelapa)
Gula melaka
Gula
Daun pandan
Telur( 1biji)

Cara:
Masukkan santan,gula melaka,gula,daun pandan dan kacau supaya x berketul2.
Setelah kuah mendidih,masukkan telur yg dikacau dgn garpu dan masukkan dlm santan

Lempeng Daging

Bahan-bahan:

Bahan lempeng:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya utk adunan tepung
Sedikit mentega@minyak utk menggoreng lempeng

Cara Membuat:
1)Ambil mangkuk dan masukkan tepung gandum,telur&garam.
2)Masukkan air&kacau sehingga menjadi sedikit cair untuk adunan lempeng.
3)Panaskan kuali&sapukan mentega utk mengelakkan lempeng melekat ats kuali.

Bahan inti:
Sedikit daging(cincang halus)
Rempah kurma(2 sudu besar)
Bawang merah,bawang putih( tumbuk 3 ulas)
Halia(tumbuk)
Bawang besar(1labupotong halus)
Ubi kentang(potong kecik2)
Garam(1 sudu teh)
Gula(1 sudu besar)
Sedikit air dan minyak menumis

Cara Membuat:
1)Gaulkan bahan tumbuk bersama daging dan rempah kurma.
2)Masukkan daging yg tlh digaul dgn rempah kurma ke dlm kuali yg dipanaskan dgn minyak.
3)Apabila air daging keluar,masukkan ubi kentang dan sedikit air sehingga empuk.
4)Setelah daging&ubi kentang empuk,masukkan bawang besar yg tlh dipotong halus.
5)Setelah inti daging siap,boleh diisi ke dlm lempeng yg tlh digoreng.






Tuesday, April 19, 2011

Lempeng nyo

Bahan-bahan ( untuk seisi keluarga )

  • 1biji kelapa muda diparut 1 cawan air kelapa muda 2 sudu gula sdikit garam 3cwan tepung gandum sdkit air
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

masukkan kelapa parut kedlm bekas, kemudian masukkan pula tepung gandum dikuti ngan air, kacau sbati, masukkn gula n garam, kacau sbati gunakan kuali, sapu minyak rata kemudian masukkan tepung yg sudah siap, ratakan di dlm kuali. ttp kuali ngan penutup, bila agak masak, blikkan, masak.... siap tok dhidangkan

Monday, April 18, 2011

Penkek@lempeng Bersos Pisang Karamel

Bahan-bahan ( 3 biji ( mkn sorang) )

  • Bahan utk lempeng @ pankek
  • 3 sudu penuh Tepung Gandum
  • Susu segar @ air (secukupnya)
  • Secubit garam,
  • gula secukupnya (dlm 1 1/2 sudu)
  • Bahan utk sos pisang karamel
  • 2 biji pisang masak (kalau nak lebih boleh lebihkan)
  • 3 sudu gula
  • 5 sudu air
  • lupa nak add kat bhn2 utk lempeng la.....kena add secubit kapur mkn. & jgk minyak utk mengoreng lempeng

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan utk lempeng ke dlm mangkuk & kacau hingga sebati. adunan lempeng ni cair je. air tu kena tmbh sikit2 smpai la adunan tu sebati ( xbeketul2)
  2. panaskan kuali dan masak lempeng : ambil sesenduk adunan dan tuang ke dlm kuali, buat pusingan dgn senduk supaya lempeng tu lebar, biar sekejap kemuan terbalikkan dan tunggu masak
  3. utk sos pisang karamel: panaskan kkuali, masukkan gula n air ke dlm n biarkan mencair n menjadi karamel (perang) dlm masa 3 @ 4 minit atas api yg paling kecik
  4. potong pisang membulat , kemudian masukkan ke dalam karamel, jika terlampau pekat boleh tmbh air lg, biarkan seketika, kemudian curahkan atas lempeng yg di buat td

Kurma Daging

Bahan-bahan:
Daging
Ubi kentang(belah 4)
Rempah Adabi
Bawang besar(belah 4)
Bawang merah,bawang putih(tumbuk)
Halia(mayang)
4 rempah(cengkih,pelaga,bunga lawang,kayu manis)
Santan
Air,garam,minyak

Cara Membuatnya:
1)Tumis halia dan 4 rempah sehingga naik bau dan masukkan daging yg telah digaul sebati ngn rempah adabi dan bawang merah dan bawang putih yg tlh ditumbuk.
2)Taruh air dan ubi kentang.masak sampai empuk.
3)Apabila daging&ubi kentang empuk...masukkan santan,bawang besar,garam dan kacau perlahan2 sehingga kuah kering dan pekat.

Saturday, April 16, 2011

Steamboat Istimewa

Bahan-bahan ( 4 - 5 org )

  • A. BAHAN2 UNTUK SUP :
  • Air - 4 liter
  • Tulang / kerangka ayam
  • Garam secukup rasa
  • B. BAHAN2 UNTUK SOS PENCICAH :
  • 6 biji cili merah - dimesin
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sudu minyak bijan
  • 3 sudu besar sos ikan
  • cuka makan
  • air
  • gula
  • C. BAHAN2 UNTUK ISI :
  • Bebola ikan/ayam/sotong/ketam/hotdog
  • udang/ayam/sotong/cuttlefish
  • kobis cina/cendawan tiram/pak choy
  • telur ayam

Cara-cara

  1. Rebus bahan2 A selama 11/2 jam. Masukkan garam. Apabila sudah, asingkan tulang/kerangka ayam
  2. Masak bahan2 B didalam periuk sehingga pekat. Boleh ditabur kacang tumbuk jika suka
  3. Didalam bekas steamboat, masukkan air rebusan tulang/kerangka ayam. Pecahkan telur ayam & masukkan bahan2 C
  4. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bolehlan dimakan dengan sos pencicah

Steamboat 1

Bahan-bahan ( 1 famili )

  • SUP A :- (yang mudah)
  • 1/2 kilo tulang ikan atau tulang ayam
  • 2 ltr air
  • 1 kiub pati ikan bilis atau 1 genggam ikan bilis dikisar
  • 3 sk pes bawang putih
  • 2 sk pes halia
  • garam dan gula secukup rasa
  • SUP B :- (Korean Style)
  • 200 g kacang soya
  • 1/2 kilo kepak ayam atau tulang ayam
  • 5 ulas bawang putih - diketuk
  • 1/2 jari halis - diketuk
  • 2 kiub pati ayam
  • secukup air untuk merebus
  • agar- agar laut (seaweed) secukupnya
  • garam,gula secukup rasa
  • BAHAN SOS :-
  • 3 sb cili kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 6 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 5 sb gula perang (boleh dilebihkan atau dikurangkan ikut selera)
  • secubit garam
  • 2 sb cuka atau 1/2 cawan jus limau kasturi
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Untuk cara2 SUP A :-
  2. Rebus tulang2 ikan atau ayam dengan air,dijadikan stok.Setelah mendidih,tapis dan buang semua tulang2.Jerang semula stoknya dan masukkan kesemua bahan2 yang lain dan rebus dengan api sederhana.Tambah air jika kurang dan perasakan lagi dengan garam dan gula secukupnya.
  3. SUP A ini akan bertambah sedap setelah dicelur atau dimasukkan bahan2 seperti udang,sotong,bebola ikan dll...
  4. Untuk cara2 SUP B(Korean Style) :-
  5. Semua bahan2 kecuali agar2 laut/seaweed direbus dengan secukup air hingga kacang soya kembang,tambah air lagi jika perlu dan masak hingga mendidih.Matikan api dan tapis untuk dijadikan sup.Jerang semula sup dan masukkan agar2 laut/seaweed dan bolehlah dicelur dgn bahan2 steamboat yg telah disediakan.
  6. CARA2 membuat SOS :-
  7. Satukan semua bahan2 sos ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga pekat.

Friday, April 15, 2011

Ketupat Sotong Berlemak

Bahan-bahan:
Sotong
Bawang merah(mayang halus)
Halia(mayang halus)
Halba
Santan pekat&santan cair
Beras pulut
Garam,gula
Batang lidi


Cara Membuat:
 1) Basuh beras pulut dan rendamkan dlm santan pekat selama 1/2jam.
 2) Sumbat beras pulut ke dalam badan sotong setgh shj dan kepitkan ngn batang lidi.
 3) Taruh santan cair,bwg merah,halba,halia,garam gula dan kacau perlahan-lahan sehingga masak pulut dlm sotong.

Monday, April 11, 2011

Daging Masak Merah

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rase...
  • klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
  3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
  4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
  5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
  6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA

Saturday, April 9, 2011

Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan:
Nasi
Ikan tenggiri jeruk
Cendawan shitake
Bawang putih(cincang halus)
Cili padi yg ditumbuk
Sayur kailan
Daging,ayam
Telur yg telah digoreng
Kicap,garam,minyak

Cara Membuat:
1)Tumis bawang putih&cili padi yg ditumbuk hingga naik bau...masukkan cendawan,daging,ikan tenggiri jeruk goreng sampai masak.
2)Masukkan nasi,kicap,garam,telur dan kacau sebati.Akhirnya masukkan sayur kailan.Goreng sehingga masak.

Tuesday, April 5, 2011

Ikan Percik Bermadu

Bahan-bahan ( A )

  • 4 ekor ikan kembung / ikan mata besar / ape² jenis ikan
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit garam
  • 1 sk madu
  • daun pisang /daun kunyit secukupnya - utk bakar ikan 
  •  
  •   Bahan-Bahan ( B )
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 jari kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering
  • 15 biji cili padi
  • 1 inci belacan 
  •  
  • Bahan-Bahan ( C )
  • 300 ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
  • 200 ml air
  • 1 - 2 sb gula (ikut citarasa)
  • 1 asam keping
  • 2 sb madu
  • garam

Cara-cara

  1. Bahan A (kunyit dan garam) ditumbuk hingga halus.Masukkan madu dan kacau rata.
  2. Bersihkan ikan. Perap dengan bahan A yang telah ditumbuk tadi lebih kurang 15 minit.
  3. Alaskan ikan dengan daun pisang atau daun kunyit. Panggang @ bakar ikan yang telah diperap hingga masak. - tak perlu terlalu garing.
  4. Sementara itu blender halus bahan² B. Kalau rajin bolehlah ditumbuk hingga halus.
  5. Masukkan Bahan² B yang telah halus dikisar kedalam periuk. Tambahkan santan pekat dan air. Masak diatas api sehingga mendidih- kacau selalu supaya tak pecah minyak.
  6. Bila dah mendidih, masukkan garam, gula, madu dan asam keping. rasa masam, manis dan pedasnya.
  7. Matikan api. celupkan ikan yang telah dipanggang @ dibakar kedalam kuah tadi sepenunhnya dan keluarkan, letak ikan yang telah dicelup kedalam kuah diatas daun pisang @ daun kunyit.
  8. Panggang @ bakar ikan sekali lagi. Balik -balikkan ikan diatas dulang pembakar @ pemanggang. Jangan lupa sudukan sedikit kuah semasa proses memanggang kali kedua ni. Biar sehingga ikan dan kuah bersalut sepenuhnya barulah diangkat.
  9. Sedia dihidang bersama nasi putih panas. Kuah yang lebih bolehlah dihidang bersama ikan tadi. 

    Udang Masam Manis

    Bahan-bahan:
    Udang harimau
    Bawang putih(hiris halus)
    Tomato(potong dadu)
    Lada merah(potong dadu)
    Sos Plum
    Sos cili
    Sos tiram
    Lada sulah
    Minyak,Garam,gula dan air

    Cara Membuat:
    1.Goreng udang sampai masak.Ketepikan.
    2. Tumis bawang putih sampai naik bau.Letak lada merah dan tomato yg telah dipotong dadu.
    3. Letak bahan sos spt sos cili,sos plum,sos tiram,lada sulah,garam,gula dan air.
    4. Masukkan udang yg telah digoreng ke dalam bahan sos yg telah dimasak.

    Kangkung Hati Cendawan Bijan

    Bahan-bahan:
    Kangkung
    Lada Merah
    Bawang merah(kisar)
    Bawang putih(kisar)
    Cendawan shitake
    Hati ayam/lembu
    Kicap dan lada sulah
    Minyak bijan
    Minyak masak
    Garam,gula dan air

    Cara Membuat:
    1.Tumis bawang yg telah dikisar.goreng sampai naik bau dan letak hati dan cendawan yg telah dihiris.
    2. Letak kicap,minyak bijan,lada sulah,garam,gula dan air.
    3. letak kangkung dan lada merah yg telah dipotong halus.

    Monday, April 4, 2011

    Udang Pepper

    Bahan-bahan ( 5 orang )

    • 500gm udang - gaul dengan garam dan pepper (black @ white)
    • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 3 biji cili merah - ditumbuk kasar2
    • 3 sudu teh jus limau kasturi
    • Sedikit daun sup/bawang - untuk hiasan
    • Sedikit minyak untuk menumis

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
    2. Masukkan udang, cili merah yang telah ditumbuk dan jus limau. Masak hingga udang jadi kemerah-merahan.
    3. Matikan api. Masukkan daun sup/bawang dan kacau rata.
    4. Siap untuk dihidang...

    Cendawan 3 Rasa

    Bahan A:
    50 gm cendawan ablone
    50 gm cendawan hitam
    50 gm kulat hitam (black fungus)

    Bahan B:
    100 gm kubis bunga - dipotong kecil
    80 gm brokoli - dipotong kecil
    30 gm lada benggala hijau - dipotong baji
    30 gm lada benggala merah - dipotong baji
    40 gm lobak merah - dihiris nipis
    30 gm jagung muda - dipotong tiga
    10 gm bawang putih - dicincang halus

    Bahan C:
    10 gm udang kering - dikisar
    40 gm sos tiram
    20 gm tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
    10 gm garam
    10 gm gula
    30 gm minyak masak
    5 gm serbuk perasa

    Cara menyediakan:
    1. Rendam kesemua bahan A di dalam air suam selama 10 minit.
    2. Kemudian angkat dan tapis. Hiris kesemua cendawan.
    3. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
    4. Masukkan udang kering dan sos tiram bersama sedikit air.
    5. Masukkan kesemua bahan B dan biarkan sehingga setengah masak.
    6. Campurkan bahan A, kacau sehingga sayur masak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
    7. Akhir sekali masukkan bancuhan air, tepung jagung dan kacau hingga pekat. Angkat dan hidangkan.

    Chao Tom

    Bahan-bahan:
    1 kg udang - dibuang kulit
    1 biji putih telur
    10 gm serbuk lada hitam
    20 gm gula
    1- gm garam
    30 gm bawang putih
    36 batang tebu - dipotong kemas sepanjang 8 cm

    Cara Menyediakan:
    1. Keringkan udang menggunakan kain kering yang bersih. Perap udang bersama serbuk lada hitam, garam, gula dan putih telur selama 30 minit.
    2. Kisar udang sehingga halus, masukkan bawang putih dan kisar lagi hingga sebati.
    3. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 30 minit.
    4. Ambil segenggam adunan udang dan kepalkan pada batang tebu.
    5. Kukus selama 7 minit, kemudian panggang sehingga masak.
    6. Setelah masak, hidangkan bersama sos daun bawang yang ditabur kacang tanah panggang yang telah ditumbuk kasar. Lebih enak jika dinikmati dengan sos manis ikan dan salad segar berempah.

    Sos Manis Ikan
    Bahan-bahan:
    100 ml sos ikan Vietnam atau sos ikan Thai
    5 ulas bawang putih - dicincang
    3 tangkai cili segar - dibuang biji dan dicincang
    1 biji limau - ambil jusnya
    2 sudu besar sirap gula

    Cara Menyediakan:
    1. Campurkan semua bahan dan hidangkan.

    Sos Daun Bawang
    Bahan-bahan:
    100 ml minyak
    100 ml daun bawang - dicincang

    Cara Menyediakan:
    1. Panaskan minyak dan masukkan daun bawang.
    2. Kacau selama satu atau dua minit, kemudian angkat dan hidangkan.

    Gulai Ikan Tongkol(Nasi Berlauk)

    Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
    • 1 kg ikan tongkol
    • 2-3 ekor ikan kering
    • 2-3 ulas asam keping
    • 4 ulas bawang merah
    • 2-3 ulas bawang putih
    • 4-5 biji cili padi
    • 3 cm lengkuas
    • 2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 3 sudu makan cili giling
    • 1 biji kelapa
    • 1 batang timun
    • 1 biji cili merah
    • 1 biji cili hijau
    • garam secukup rasa
    Cara-cara
    1. ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini...
    2. kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa...
    3. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...
    4. kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau...
    5. kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P
    6. untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...