• Ayam
  • Daging
  • Manisan
  • Mee
  • Nasi
  • Seafood
  • Western

Tuesday, April 5, 2011

Ikan Percik Bermadu

Bahan-bahan ( A )

  • 4 ekor ikan kembung / ikan mata besar / ape² jenis ikan
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit garam
  • 1 sk madu
  • daun pisang /daun kunyit secukupnya - utk bakar ikan 
  •  
  •   Bahan-Bahan ( B )
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 jari kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering
  • 15 biji cili padi
  • 1 inci belacan 
  •  
  • Bahan-Bahan ( C )
  • 300 ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
  • 200 ml air
  • 1 - 2 sb gula (ikut citarasa)
  • 1 asam keping
  • 2 sb madu
  • garam

Cara-cara

  1. Bahan A (kunyit dan garam) ditumbuk hingga halus.Masukkan madu dan kacau rata.
  2. Bersihkan ikan. Perap dengan bahan A yang telah ditumbuk tadi lebih kurang 15 minit.
  3. Alaskan ikan dengan daun pisang atau daun kunyit. Panggang @ bakar ikan yang telah diperap hingga masak. - tak perlu terlalu garing.
  4. Sementara itu blender halus bahan² B. Kalau rajin bolehlah ditumbuk hingga halus.
  5. Masukkan Bahan² B yang telah halus dikisar kedalam periuk. Tambahkan santan pekat dan air. Masak diatas api sehingga mendidih- kacau selalu supaya tak pecah minyak.
  6. Bila dah mendidih, masukkan garam, gula, madu dan asam keping. rasa masam, manis dan pedasnya.
  7. Matikan api. celupkan ikan yang telah dipanggang @ dibakar kedalam kuah tadi sepenunhnya dan keluarkan, letak ikan yang telah dicelup kedalam kuah diatas daun pisang @ daun kunyit.
  8. Panggang @ bakar ikan sekali lagi. Balik -balikkan ikan diatas dulang pembakar @ pemanggang. Jangan lupa sudukan sedikit kuah semasa proses memanggang kali kedua ni. Biar sehingga ikan dan kuah bersalut sepenuhnya barulah diangkat.
  9. Sedia dihidang bersama nasi putih panas. Kuah yang lebih bolehlah dihidang bersama ikan tadi. 

    No comments:

    Post a Comment