• Ayam
  • Daging
  • Manisan
  • Mee
  • Nasi
  • Seafood
  • Western

Thursday, December 27, 2012

Kek Kentang

Bahan2
Kentang lenyek 1 cawan
Marjerin 3/4 cawan
Telur 1 biji
Tepung gandum 3/4 cawan
Gula kastor 1/2 cawan
Susu segar 1/2 cawan

Cara Membuat:
1.Pukul marjerin&gula hingga kembang.Masukkan telur.Pukul sebati.
2.Masukkan susu,marjerin&tepung,kentang lenyek&gaul sebati.
3.Tuang adunan dlm loyang&bakar sehingga masak.



Crepe Kastard Jagung

Bahan2
150gm tepung serbaguna
100ml susu segar
150ml air
1 biji telur
Secubit garam
55gm krim jagung

Bahan Inti:
30gm tepung kastard
300ml susu segar
100ml air
1 biji kuning telur
100gm krim jagung
300ml krim segar-double krim

Cara Membuat Crepe:
1.Satukan semua bahan&kacau rata(tidak berbiji)
2.Dgn menggunakan kuali leper,aduan dibuat dadar nipis.Ketepikan.

Cara Membuat Inti:
1.Tepung,susu,sair,telur&jagung disatukan,kacau selalu&masak hingga pekat.
2.Krim dipukul hingga gebu&keras.Apabila adunan sejuk,masukkan krim&gaul sebati.
3.Sejukkan hingga betul2 pejal.
4.Masukkan inti ke dlm crepe&lipat atau buat kuah kastard jagung jika suka.




Muffin Jagung

Bahan2
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan minyak sayuran
3/4 cawan jagung krim
2 sudu besar susu sejat
1 sudu teh serbuk penaik

Cara Membuat:
1.Pukul telur&gula hingga kembang.
2.Masukkan jagung&gaul sebati.
3.Masukkan tepung&serbuk penaik,gaul hingga rata.
4.Masukkan susu cair&gaul sebati.
5.Tuangkan adunan dlm acuan muffin&bakar hingga kekuningan.



Muffin Lobak Merah

Bahan2
4 btg lobak merah(parut/sagat)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
3/4 cawan minyak sayuran
1 cawan susu segar
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara Membuat:
1.Panaskan ketuhar suhu 170'c.
2.Ayak tepung,serbuk kayu manis&garam.Ketepikan.
3.Pukul bersama minyak,susu,telur,gula perang,vanilla&lobak merah yg tlh diparut tadi.(tidak perlu sehingga kembang)
4.Masukkan tepung yg tlh diayak&kacaus sebati.
5.Masukkan adunan dlm 3/4 muffin cup&tabur sedikit dgn lobak merah yg diparut&bakr selama 15-20minit.(bgtg pd ketuhar)



Jejari Roti Dip Jagung

Bahan2
5 keping roti putih
3 sudu mkn mentega(cairkan)
Serbuk kayu manis(pilihan)

Bahan Sos(Dip Jagung)
100ml mayonis
75ml krim jagung manis
30gm keju cheddar
Serbuk paprika
Serbuk cili

Cara:
1.Roti putih dipotong memanjang.
2.Celup roti ke dlm mentega yg dicairkan&salut dgn serbuk kayu manis.
3.Bakar selama 7 minit suhu 180'c.Ketepikan.
4.Utk membuat sos,satukan kesemua bahan&kacaus ebati.
5.Hidangkan bersama jejari roti tadi.


Friday, December 14, 2012

Spagetti Keju Bakar/Meesagna

Bahan2
Spagetti(pilihan sndiri)/Maggi
Sos Bolognese segera
Sos Putih/Sos Carbonara segera
Daging cincang
Keju parut
Cendawan(pilihan)


Cara Membuat:
1.Rebus spagetti hingga masak,toskan&ketepikan.
2.Masak daging cincang dgn sos Bolognese segera.
3.Dlm bekas kaserol,masukkan spagetti yg tlh direbus,masukkan daging cincang+sos boloegnese.
4.Lapiskan dgn sos putih&taburkan keju parut.
5.Ulang langkah 3-4 dan boleh dibakar dlm oven sehingga masak.




Roti telur berkeju

Bahan2
Roti putih(ptg 4)
Keju cheddar(ptg 4)
Telur 2 biji(pukul)
Minyak utk menggoreng.

Cara Membuat:
1.Masuk keju dlm roti&potong kecil2 kpd 4
2.Celupkan roti keju&celup dgn telur&goreng.


Kek Coklat

Bahan2
1 cawan coklat gelap cincang
6 sudu besar mentega cair
2 biji telur
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung
1 sudu besar serbuk koko
Secubit garam

Cara Membuat:
1.Cairkan coklatdgn mentega.Masuk serbuk koko.Gaul sebati.
2.Pukul telur dgn gula selama 3 minit.Campur adunan coklat masuk tepung&garam.gaul sebati.
3.Tuang dlm bekas ramekin yg diigriskan dgn mentega/gula halus.
4.Masuk ramekin dlm freezer 5 minit.Keluarkan&bakar dlm oven selama 11minit.(takleh lebih drp 15minit)
5.Keluarkan&biarkan selama 3minit.




Talam Gula Melaka

Bahan2
Bahan Bawah(Lapisan Gula Melaka)
1 kpg gula melaka(hiris halus2)
1/4 cawan gula pasir
3 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi

Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan&adun hingga sebati.
2.Panaskan kukusan&kukus hingga masak dlm loyang hingga masak.Tuangkan lapisan putih.

Bahan Atas(Lapisan Putih)
2 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
Secubit garam

Cara Membuat:
Adunkan hingga rata,tuangkan adunan ke atas lapisan gula melaka&kukus hingga masak.


Croquette

Bahan2
3-4 biji ubi kentang
Daun bawang/daun kucai9ptg halus)
1/2 biji bawang(cincang)
Ayam/daging cincang 150gm
Serbuk roti
Keju parut
2 biji telur(pukul)
Lada sulah
Minyak utk menggoreng
Tepung gandum(utk salut)

Cara Membuat:
1.Rebus&lenyek kentang dlm mangkuk.
2.Tumis bawang hingga naik bau,masuk ayam/daging cincang.Masuk daun kucai,garam&lada sulah.
3.Masuk bahan yg digoreng dlm mangkuk berisi ubi kentang.Tambahkan keju&kacau rata.
4.Buat adunan bentuk bulatan&bujur.
5.Gaul dgn tepung,telur&serbuk roti&goreng hingga keperangan.




Aiskrim Yogurt Strawberi

Bahan2
1 cawan Yogurt strawberi Nestle
1 cawan Creamer Nestle
Kon aiskrim

Cara Membuat:
1.Satukan yogurt&creamer dan kisar sampai kembang.
2.Simpan dlm bekas&bekukan dlm 2-3jam.
3.Ambil semula aiskrim&kisar semula sampai kembang.
4.Bekukan selama 4-6jam&boleh dimakan dgn kon aiskrim.



 

Thursday, November 29, 2012

Mai lai Koh (Kek Kukus Jagung)

Bahan2
290gm gula kastor
250gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar tepung kastrd
2 sudu besar marjerin/mentega
150ml air
3 biji telur
200gm(1 tin)jagung krim

Cara Membuat:
1.Panaskan kukusan.Satukan semua bahan dlm mangkuk pengadun kecuali jagung dlm tin&pukul adunan sehingga kembang&pekat.
2.Masukkan jagung&gaul rata.
3.Sapu acuan dgn marjerin/mentega,isikan adunan&kukus hingga masak selama 10minit.


Stew

Bahan2
Fishball,fishcake,cendawan(pilihan)
Bawang putih 3 ulas(blend)
Cili padi 6-7btg(blend)
Kiub ikan bilis 1ketul
Stok ikan
Air
Serbuk cili babas 1 sudu besar(ikut kepedasan)

Cara Membuat:
1.Blend bawang putih bersama cili padi.
2.Masukkan bahan blend ke dlm periuk yg berisi air mendidih.
3.Masukkan serbuk cili,fishball,fishcake,cendawan.
4.Masukkan garam,kiub ikan bilis&stok ikan
5.Tunggu masak sehingga mendidih&kacau sebati.



Puding Mocha

Bahan2
10gm serbuk agar2
120gm gula pasir
800ml air
200ml susu cair
2 biji telur
3 sudu mkn tepung jagung
2 sudu mkn minuman coklat(dicampur)
1 sudu mkn serbuk kopi(dicampur)
1 sudu mkn air panas
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat:
1.Jerang serbuk agar2 dgn gula sehingga mendidih&gula larut.Pukul telur,susu cair&tepung jagung.
2.tapiskan campuran telur ke dlm agar2.
3.masak semula atas api perlahan hingga pekat.Masukkan vanilla kemudian bahagikan dua.Campurkan larutan kopi-koko ke dlm 1 bhgian.kacaus ebentar atas api sehingga sebati.
4.Tuangkan adunan scr berselang seli ke dlm loyang.


Western Food

Bahan2
Ikan tenggiri/merah
Serbuk roti
Telur(pukul)
Tepung beras
Garam
Serbuk kari
Serbuk lada hitam
Kentang goreng
Roti telur
Bawang gegelang goreng
Sos pilihan

Cara Membuat:
1.Perap ikan dgn garam,serbuk lada hitam&serbuk kari 15minit.
2.Sapukan telur pd tepung&salutkan dgn telur.
3.Salutkan dgn serbuk roti&goreng minyak terendam sehingga masak.
4.Hidangkan bersama roti,kentang goreng&sos cili.






Parfait

Bahan2
Yogurt Nestle
Marshamallow
Bijiran Nestle
Biskut
Coklat gelap
Aiskrim(pilihan)
Buah2an segar

Cara Membuat:
Lapiskan mengikut kreativiti anda.




Friday, November 16, 2012

Cheese Potato

Bahan2
Kentang goreng bulat
Keju cheesedale
Mushroom soup berkeju(bancuh dgn air panas)
Nuget ayam/daging
Sos tomato

Cara Membuat:
1.Masukkan ubi kentang yg tlh digoreng ke dlm mangkuk kaserol.
2.Masukkan mushroom sup yg tlh dibancuh dgn air panas.
3.Masukkan nuget ayam&sos tomato.
4.Susunkan ubi kentang goreng bulat&diakhiri dgn keju.


Aneka Tortilla

Bahan2
Roti tortilla(ada di pasaraya)
Nuget ayam/daging
Keju cheesedale
Sos tomato
Sayur lobak merah,kobis,tomato
Kentang lenyek











Souffle Keju&Jagung

Bahan2
2 sudu mkn marjerin
2 sudu mkn tepung gandum
120ml susu segar/sejat
4 sudu besar krim jagung
1 cawan keju yg disagat
4 biji telur(asing putih&kuning)

Cara Membuat:
1.Panaskan ketuhar suhu 200'c,
2.Cairkan marjerin dlm periuk&kacau bersama tepung gandum.
3.Masak dgn api sederhana sehingga berbuih.
4.Masukkan sedikit susu&kacau sehingga mendidih.Masak selama 1 minit.
5.Angkat periuk&campurkan jagung&keju.Kacau rata&biarkan adunan sejuk sebentar.
6.Pukul kuning telur&masukkan dlm adunan keju.
7.Pukul putih telur sehingga berbuih.
8.Masukkan 1 sudu mkn putih telur tadi ke dlm adunan keju&selebihnya di atas adunan.
9.Tuangkan adunan ke dlm mangkuk&masak dlm ketuhar selama 20-30minit atau sehingga kekuningan.





Puding Marble Berkeju

Bahan2
Bahan A
1 peket agar2
360gm guls
Air secukupnya

Bahan B
4 keping roti putih
1 tin susu cair
2 biji telur
3 sudu mkn susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
3 keping keju Cheesedale(ptg kck)
Pewarna merah,kuning&hijau secukupnya

Cara Membuat:
1.Didihkan bahan A di atas api yg sederhana larut.
2.kisar bahan B sehingga sebati.
3.Setelah bahan A larut,masukkan bahan B&biarkan seketika.Kacau rata&tutup api.
4.Bahagikan adunan kpd 3 bekas berlainan&warnakan setiap bekas dgn warna berlainan iaitu merah,kuning&hijau.
5.Tuangkan adunan ke dlm acuan pilihan berselang seli.
6.Taburkan keju atasnya7sejukkan dlm peti sejuk sehingga keras.


Friday, November 2, 2012

Pasta Aglio Olio

Bahan2
Spagetti Angle hair San Remo
Bawang putih(cincang)
Tomato(potong dadu)
Serbuk lada hitam
Lada kering(hiris kecil)
Daun ketumbar(hiris)
Minyak zaitun
Air

Cara Membuat:
1.Rebus spagetti&air dlm periuk&letak sedikit garam&masak sehingga lembut.Angkat&toskan dan gaulkan dgn sedikit minyak zaitun.Ketepikan.
2.Panaskan minyak,tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
3.Masukkan spagetti,garam.lada hitam&tomato.Gaulkan rata.
4.Taburkan lada kering&daun ketumbar mengikut kreativiti anda.




Talam Pandan

Bahan2
250gm tepung beras
950ml santan
1 sudu besar tepung ubi
175gm gula
1 sudu besar pes pandan
Garam
Pewarna hijau

Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan&kacau sehingga gula hancur.
2.Adunan dibahagikan dua.Satu bahagian biarkan puith&satu lagi dicampurkan dgn pes pandan&pewrana hijau.
3.Adunan berwarna hijau dikacau atas api hingga pekat.Kukus selama setengah ja,.
4.Adunan putih dikacau perlahan-lahan atas api&pastikan ia cair.
5.Tuangkan adunan putih atas adunan hijau&kukus semula selama setengah jam.


Lompat Tikam

Bahan2

Bahan A
2 keping manisan(gula melaka)
1/2 cawan air

Bahan B
2 cawan santan
1 sudu besar tepung beras
Secubit garam

Bahan C
3 cawan air
1 cawan beras pulut
Sedikit pewarna merah jambu

Bahan D
2 cawan tepung beras
6 cawan air
Perahan daun pandan secukupnya
Pewarna hijau

Cara Membuat:
1.Masak bahan A hingga menjadi air gula pekat.
2.Masak bahan B atas dapur sehingga pekat.
3.Satukan&tanak bahan C hingga masak.
4.Masak bahan D atas dapur dgn api perlahan hingga pekat&kemudian tuangkan ke dlm loyang atau mangkuk.Apabila sejuk,potong mengikut saiz yg disukai.
5.Sediakan bekas isikan pulut&kepingan tepung beras.curahkan santan&air gula.


Pai Whoopie

Bahan2 Pai
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
Sedikit garam
1/2 cawan mentega
1 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu segar
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara Membuat:
1.Ayak tepung,serbuk koko&garam.
2.Putar kembang telur,mentega,gula&esen vanilla.
3.Masuk tepung yg tlh diayak berselang seli dgn susu dlm adunan telur&gaul sebati.
4.Isikan dlm acuan&bakar dlm oven selama 15minit.

Bahan Krim Marshamallow
2 biji telur putih
2 sudu besar madu
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar air

Cara Membuat:
1.Pukul telur,gula,madu&esen vanilla sehingga kembang.
2.Masuk adunan tadi dlm periuk,masukkan air&masak secara double boiler.
3.Setelah pekat,simpan adunan dlm peti sejuk.



S'more

Bahan2
Biskut graham
Coklat kandos
Marshamallow

Cara Membuat:
Isi biskut dgn coklat kandos&marshamallow.







Pankek Tuna

Bahan2
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
Sedikit garam
3 biji telur
Air secukupnya
1/2 cawan mentega cair

Bahan Isian
150gm isi tuna bermayonis dlm tin
1 tangkai daun bawang(hiris)

Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan lempeng&gaul sebati.Bancuhan jgn terllau pekat.
2.Masukkan dlm pengisar&kisar sebentar.
3.Lempengkan adunan dgn nipis di atas kuali tidak melekat.
4.Isikan dgn bahan isian&gulung kemas.
5.Utk menyediakan bahan isian,satukan semua bahan tsbt&gaul sebati.


Thursday, October 11, 2012

Ikan Bakar Bersalut

Bahan2
Ikan kembung 4 ekor
3 sudu makan lada boh
Bawang merah(kisar)
Bawang putih(kisar)
1 btg serai(hiris nipis)
2 helai daun limau purut(hiris halus)
1/4 cawan santan pekat
1/4 cawan air asam jawa
Garam&serbuk kunyit
Daun pisang utk membungkus

Cara Membuat:
1.Campurkan bahan2 kisar dgn serai,limau purut,santan pekat,air asam jawa,garam&serbuk kunyit kemudian gaulkan pd ikan hingga rata sblm dibungkus seekor demi seekor dgn daun pisang.
2.Susun dlm dulang kemudian bakar dgn kuasa high selama 8 minit.Hidang panas2.


Solok Lada

Bahan2
10 tangkai cili merah/hijau
5 ekor ikan kembung(dibersihkan&rebus)
1 biji kelapa parut(ambil bhgian putih shj)
1cm halia
10 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1.Ambil isi ikan&tumbuk hingga halus.
2.Kelapa,bawang merah&halia ditumbuk halus kemudian dicampur dgn isi ikan.
3.Masukkan garam lalu digaul hingga sebati.
4.Cili dibelah tetapi tidak putus&dibuang bijinya.
5.Masukkan campuran isi ikan ke dlm cili kemudian kukus separuh masak.
6.Siramkan santan pekat ke atas isi ikanlalu dikukus sehingga masak.Angkat&hidangkan.




Puding Coklat

Bahan2
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar mentega
Serbuk agar-agar 10/11 gram

Cara Membuat:
1.campur semua bahan kecuali mentega&kacau selalu sehingga mendidih.
2.Masukkan mentega&kacau sehingga pekat.
3.Angkat&masukkan ke dlm acuan&sejukkan dlm peti ais.


Kuih Butir Nangka

Bahan2
150gm tepung pulut
1 sudu makan tepung beras
180ml air
240ml santan pekat
480ml santan cair
1 ulas bawang merah(hiris)
2cm halia(hiris)
1 sudu teh biji halba
90gm gula pasir
2 helai daun pandan
1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:
1.Adunkan tepung pulut&tepung beras bersama air sehingga menjadi doh.
2.Bahagikan doh kpd 2 bahagian&ambil satu bahagian&warnakan dgn sedikit pewarna hijau.
3.Bentuk menjadi bentuk bujur kecil seakan biji nangka.Ulang proses hingga kedua-dua doh tepung pulut habis.
4.Rebus dlm periuk sehingga masak.Angkat&ketepikan.
5.Dlm periuk berlainan,masak santan,halia,bawang merah,gula&garam secukup rasa.Kacau sebentar.
6.Masukkan biji nangka yg tlh direbus tadi ke dlm periuk&gaul rata.
7.Setelah mendidih,tutup api&hidangkan.


Tepung Bunga

Bahan2
2 cawan tepung pulut
Santan secukupnya(mengikut lembut adunan)
2 biji telur
1/2 cawan gula pasir

Cara Membuat:
1.Uli tepung pulut dgn santan sehingga lembut&blh dibentuk.
2.Ambil sedikit adunan bentuk bulat2 sebesar guli&leperkan.
3.Celup ke dlm telur kemudian goreng hingga timbul di permukaan minyak.
4.Angkat&toskan minyak kemudian tabur gula ketika masih panas.


Kuih Paung

Bahan2
4 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa(jika suka)
Minyak secukupnya utk menggoreng

Bahan Inti:
4 ekor ikan kembung
1/2 cawan santan
2 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu kecil halba
Garam secukup rasa

Cara Membuat Kulit:
1.Gaul tepung pulut dgn kelapa parut&garam kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yg lembut.
2.Ambil sedikit inti,isikan inti&bulatkan kemudian goreng terendam dlm minyak yg panas hingga kekuningan.

Cara Membuat Inti:
1.Sediakan kuali,satukan ikan yg tlh dikisar halus dicampur dgn santan&sedikit garam.Masak hingga kering sambil dikacau.
2.Tambahkan bawang merah&halia yg tlh dimayang halus serta halba&kacau lg sehingga kering.


Friday, September 28, 2012

Kek Keju Coklat Chips

Bahan2
Lapisan Bawah
200gm emping jagung
100gm mentega
2 sudu besar serbuk koko

Lapisan Atas
150gm keju krim
1/2 cawan gula
3 biji telur
1/ 1/2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan yogurt bebas lemak

Cara Membuat:
1.Utk membuat lapisan bawah,kisar emping jagung ttp jgn trlalu halus kemudian satukan dgn mentega&serbuk koko&gaul hingga sebati.Masukkan ke dlm acuan spring form&tekan hingga rata&padat.Sejukkan dlm peti ais selama 15 minit&keluarkan.
2.Utk lapisan atas,pukul keju dgn gula sehingga kembang.Masukkan telur satu persatu diikuti dgn esen vanilla,serbuk koko&yogurt.Kacau hingga sebati.Pastikan telur dlm suhu bilik untuk nampak menarik.
3.Tuangkan adunan ke dlm acuan yg berisi emping jagung tadi&bakar selama 20minit menggunakan ketuhar convection pd sushu 150'c.
4.Bila kek sudah masak,jgn terus dikeluarkan drp ketuhar sebaliknya dibiarkan sejuk dgn merenggangkan sedikit pintu ketuhar bg mengelakkan kek mendap.


Talam Jagung

Bahan2
Lapisan Bawah
1 cawan krim jagung
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung kastard
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir

Bahan2
Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
Pewarna hijau

Cara Membuat:
1.Gaul bahan2 lapisan bawah&kacau dlm kuali panas sehingga pekat.
2.Masuk dlm loyang&lengser dgn minyak masak&kukus 30minit.
3.Campur bahan2 lapisan atas&tuang atas lapisan bawah yg tlh siap dikukus tadi.Cakar bahan2 lapisan bawah supaya melekat dgn bahan2 lapisan atas.
4.Kukus 20 minit lagi.Tunggu sejuk baru dipotong.






Thursday, September 20, 2012

Puding Jeli Mangga

Bahan2
Serbuk jeli
Air
Buah mangga
Gula
Perasa&pewarna yg disukai

Cara Membuat:
1.Masak serbuk jeli&gula sehingga mendidih&larut.
2.Buah mangga dipotong dadu.
3.Tutup api&tuangkan bancuhan jeli ke dlm bekas yg diisikan dgn buah mangga.
4.Sejukkan dlm peti selama 1 jam.