• Ayam
  • Daging
  • Manisan
  • Mee
  • Nasi
  • Seafood
  • Western

Friday, December 30, 2011

Jemput Jagung

Bahan-bahan:
Jagung dlm tin/jagung tongkol(kisar halus)
Udang segar(potong kecik2)
Kuning telur
Bawang besar(cincang halus)
Lada merah(cincang halus)
Tepung jagung
Garam,minyak masak utk menggoren

Cara Membuatnya:
1.Masukkan jagung yg dikisar halus bersama telur kuning&kacau sebati.
2.Masukkan udang,bawang besar,lada merah,garam&tepung jagung.
3.Goreng dan hidang bersama sos cili.

Udang Bistik

Bahan-bahan
Udang segar
Bawang putih(cincang halus)
Sos tiram
Kicap
Lada hitam
Sayur campur
Ubi kentang(potong kecik&goreng tlbh dahulu)
Garam,air,minyak masak

Cara Membuatnya:
1.Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2.Masukkan udang&lada hitam biar masak.
3.Masukkan kicap,sos tiram,air&garam.
4.Masukkan ubi kentang&sayur campur.

Nasi Goreng Daging Merah

Bahan-bahan
Nasi putih
Daging(potong kecil)
Sos cili
Sos tiram
Halia(hiris nipis)
Lada sulah
Bawang putih(cincang halus)
Telur
Garam,air
Sayur campur
Minyak masak
Keropok goreng

Cara Membuatnya:
Nasi Goreng
1.Goreng telur utk diletakkan dlm nasi goreng.ketepikan.
2.Tumis bawang putih,masukkan daging sehingga masak.
3.Masukkan nasi,telur,garam&sayur campur.

Daging masak merah
1.Tumis bawang putih,halia sehingga kekuningan.
2.Masukkan sos cili,sos tiram,lada sulah&air.
3.Masukkan daging sehingga empuk.
4.Masukkan garam secukup rasa.

Hias dgn keropok keping yg tlh digoreng

Kerabu Mangga

Bahan-bahan
Buah mangga muda(cincang)
kacang tanah(goreng&tumbuk)
air gula/gula melaka
udang kering(tumbuk)

Cara Membuatnya:
Gaul bahan2 di atas sebati.

Friday, December 23, 2011

Apam Pisang Kukus

Bahan-bahan:
5 biji pisang emas
1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara Membuatnya:
1.Lecek pisang sehingga halus dipukul gula sehingga sebati.
2.Masukkan soda bikarbonat,tepung gandum&santan&kacau sebati.
3.tuang ke dlm loyang&kukus sehingga masak.

Oren Bersari

Bahan-bahan:
11gm serbuk agar-agar
100gm gula halus
1 cawan air
5biji buah oren

Cara Membuatnya:
1.Campurkan serbuk agar2,gula&air.Masak sehingga sebati.
2.Buah oren dibelah dua&cungkil isinya.
3.Tuang isi oren ke dlm adunan agar2.biarkan seketika.
4.Sediakan kulit oren yg tlh dipotong&dibuang isinya.Tuabkan adunan agar2 ke dlm setiao kulit oren.
5.Biarkan beku.Stlh keras,potong oren bersari mengkiut suka.Hidangkan sejuk.

Pastri Pai

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar gula halus
65gm mentega
2 sudu besar air sejuk

Cara Membuatnya:
1.Campur semua bahan kecuali air sejuk
2.Uli sehingga adunan berderai spt serbuk roti
3.Kemudian tuangkan air sejuk
4.Uli hingga sebati&bungkus dlm plastik&masuk dlm peti sejuk selama 1/2jam
5.Canai masuk dlm bekas&bakar sehingga masak.

*Intinya terpulang kpd citarasa masing2.
*Bakar ketuhar dahulu sebelum masukkan pastri pai
*Bakar pastri pai terlebih dahulu sebelum masukkan intinya&bakar sekali lagi.


Lapis Masam Manis Kukus

Bahan-bahan:
1 cawan gula kastor
1 cawan mentega
2 cawan biskut marie(kisar)
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah&hijau
Kepingan asam manis haw Par
4 biji telur(pukul kembang)

Cara Membuatnya:
1.Pukul mentega&gula sehingga kembang,masukkan telur&gaul rata.
2.Masukkan biskut marie,susu pekat manis&esen vanilla.Gaul sebatibahagikan kpd 2 bahagian.Warnakan setiap satu bahagian warna merah&hijau.
3.Kukus bahagian warna merah hijau hingga masak.aturkan kepingan asam manis&ratakan bahagian warna merah&kukus sehingga masak.

Saturday, November 26, 2011

Kek mini kukus

Puding koko

Bahan-bahan:
Serbuk agar-agar
Air
Gula
Telur kuning
Telur putih
Perasa koko
Susu cair

Cara Membuatnya:
1.Masak serbuk agar2 dlm air yg didihkan.

Aiskrim Goreng

Bahan-bahan:
Roti
Aiskrim mengikut perasa kegemaran masing2
Air
Tepung pisang goreng Adabi
Minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya:
1.Taruh aiskrim dlm roti dan simpan utk semalaman.
2.Bancuh tepung pisang goreng Adabi dgn air
3.Celup roti yg ditaruh aiskrim dgn bancuhan tepung pisang goreng Adabi dan goreng

Sunday, November 6, 2011

Nasi Daging

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi
  • 1/2 kilo daging
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato soup
  • 1 cawan susu cair
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.

Nasi Makanan Laut

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi(basuh bersih&toskan)
3 cawan air
1 tin susu cair
Udang,sotong,lala
1 btg serai
1 helai daun pandan
4 rempah(kayu manis,pelaga,bunga lawang&cengkih)
2 inci halia
1 labu bawang besar(mayang)
3 ulas bawang putih(mayang)
1 biji tomato(potong 4)
Garam gula
Marjerin,minyak masak

Cara Membuatnya:
1.Tumis bawang besar,bawang putih dan halia sampai kekuningan.
2.Taruh daun pandan dan serai.
3.Masukkan air dan makanan laut dan tutup periuk.Biarkan ia mendidih.
4.Taruh susu cair dan beras dan tomato.Tanak sampai masak.
5.Hidangkan bersama lauk kari daging&ayam masak merah.

Puding Karamel Kukus

Bahan-bahan:
7 biji telur
Susu segar 500ml
1 sudu kecil esen vanilla
300 gram gula kastor
70ml air

Cara Membuatnya:
1.Pukul telur sampai sebati dan taruh susu segar dan esen vanilla dan kacau sebati.Ketepikan
2.Masak gula kastor bersama air sampai berwarna keperangan dan pekat.Setelah masak,tuangkan ke dlm acuan dan biarkan seketika.
3.Tuangkan telur&susu tadi ke dalam acuan karamel dan kukus selama 45 minit.
4.Tabur coklat cip sbg hiasan.

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 susu esen vanilla
4 biji telur

Cara Membuatnya:
1.Satukan serbuk koko,gula,susu pekat manis,susu cair,minyak masak,soda bikarbonat dan esen vanilla dan masak dlm periuk dgn api perlahan sampai pekat.Ketepikan.
2.Kisar tepung gandum&telur sampai sebati.
3.Satukan tepung&telur yg dikisar dgn bahan yg dimasak di atas dan kacau sehingga sebati.Kukus selama 45 minit dan sehingga benar2 masak.
4.Tabur coklat cip jika suka.





Sunday, October 23, 2011

Spagetti Bolognese

Bahan-bahan:
Mi Spagetti San Remo
Sos tomato Prego
Daging cincang Ramly burger
Bawang putih(cinacng halus)
Bawang besar(cincang halus)
Tomato(potong)
Lobak merah(cincang halus)
Lada benggala(potong kecil)
Minyak zaitun
Keju parmesan
Air,garam dan minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya:
1.Rebus mi spaggeti dlm air yg mendidih&taruh sedikit garam sehingga masak.Taruh minyak zaitun&gaul sebati.Ketepikan.
2.Utk membuat sos,tumis bawang putih&bawang besar sehingga garing.
3.Taruh daging cincang dan biar daging masak.
4.Taruh lobak merah yg dicincang halus sehingga empuk.
5.Tuang sos Prego dan biar ia masak dan taruh sedikit air&garam dan kacau sebati.
6.Tuang sos ke dalam spagetti yg siap direbus.
7.Hiaskan dgn lada benggala&tomato mengikut citarasa anda.
8.Renjiskan keju parmesan utk lbh lazat.





Wednesday, October 19, 2011

Ikan percik goreng

Bahan-bahan:
Ikan selayang/kembung
Santan
Bawang merah(kisar)
Cili boh
Serai
Kunyit(kisar)
Halia(kisar)
Minyak.air

Cara Membuat:
1.Ikan diperap dgn serbuk kunyit dan goreng terlebih dahulu.Ketepikan.
2.Tumis bawang kisar&halia dlm minyak yg panas dlm kuali.
3.Taruh santan&air dan kacau perlahan-lahan.
4.Taruh kunyit dan cili boh dan kacau sebati
5.Apabila kuah mendidih,tutup api dan siram dlm ikan yg tlh digoreng tadi.


Pisang Manis Menawan

Bahan-bahan:
Pisang kelat siam
Gula
Minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya:
1.Goreng pisang dlm minyak yg panas dan taruh gula.

Pecal timun

Bahan-bahan:
-Timun yg diracik halus
-Santan 
-Ikan selayang(kukus/panggang)
-Bawang meroh(tumbuk)
-Lada hitam(tumbuk)
-Limau nipis
-Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:
1.Bawang&lada hitam yg ditumbuk digaul sekali ngn ikan kukus yg ditumbuk
2.Gaul bahan di atas dgn santan&kacau sebati
3.Taruh garam dan perah limau nipis&kacau santan secukup rasa
4.Akhir sekali taruh timun yg diracik dlm santan tsbt.

Sayur Campur ABC

Bahan-bahan:
Sayur campur spt carrot,lada benggala
bawang besar&bawang putih
sos manis ABC
maggi secukup rasa

Cara Membuatnya:
1.Goreng bawang terlebih dahulu.
2.Taruh sos manis ABC
3.Taruh sayur campur.
4.Akhir sekali taruh maggi secukup rasa dan kacau sebati

Friday, October 14, 2011

Roti Jenjit

Bahan-bahan:
500gm tepung gandum
120gm marjerin/butter
200ml air garam
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur
Minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya:
1.Bancuh air garam dgn susu kemudian masukkan telur.
2.Gaul dgn tepung dgn marjerin/butter
3.Masukkan air garam yg tlh dicampur dgn susu dan tlur ke dlm bancuhan tepung
4.Uli dgn lembut.bulat2kan doh tsebut kemudian perap selama 2 jam
5.Leperkan doh tsebut dan bloeh terus digoreng dalam minyak yg panas.


Tuesday, May 17, 2011

Pajeri Nenas

Bahan-bahan
1 biji nenas(ptg kck2)
2 sudu mkn kerisik
2 sudu mkn rempah kari daging
1/2 cawan santan pekat
3 biji cili merah(belah 2)
1cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
6 ulas bawang merah(hiris&kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
10gm udang kering(kisar)
5cm halia(kisar)
garam secukup rasa

Cara Membuat
1)Satukan bahan kisar dgn rempah kari daging hingga sebati.
2)Tumis bawang merah yg dihiris
3)Masukkan penumis,campuran rempah akri daging&kerisik.Masukkan air
4)Masukkan nenas,santan&1/2 cawan air.
5)Masukkan garam dan kacau pekat.

Thursday, April 21, 2011

Kuih Cara Berlauk

Bahan-bahan:
1) tepung gandum (lbh krg scwn)
2) air masak
3) telur
4) sedikit garam
5) sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
cara - msukn semua bhn , pastikn air dgn tepung letak skit2 spy xbketul pastu blenderkn.- ketpikan

Bahan inti:
1) daging cincang
2) serbuk kari adabi 1 pek - bancuh dgn air(spy xhangit)
3) daun kari
4) 1 labu bwg bsar - ptong dadu
5) daun sup
6) bwg merah 5 ulas - mayang
7) bwg putih 3 ulas - tumbuk
8)8) air asam jawa
9) sedkit air
10) cili merah potong serong

Cara buat inti
- tumis bwg putih, bwg merah, daun kari hingga layu + serbuk kari- tumis smpi pecah minyak + daging ttup periuk..tggu kejap smpi kluar air daging.
tambah air asam jawa + garam + air....kacau sampi empuk dan inti agak kering.

leserkn dulang cara dgn minyak msk guna berus @ daun pandan(wangi klu guna daun pandan)
mskn tepung td separuh acuan dulang-tutup dulang acuan...nmpk dh mcm dh kering ( jgn msk sgt cz nk tambah inti plok)
msuk inti daging daun sup+ 1 cili serong td-ttup dulang ttgu sampi msk

Roti Jala Kuah Serawa

Bahan-bahan roti jala:
Tepung gandum (1cawan)
Telur(1 biji)
Secubit garam
Sedikit air
Pewarna kuning@serbuk kunyit


Cara:
Blender semua adunan pahtu menjala di atas alat utk membuat roti jala di atas kuali yg x melekat.


Bahan Kuah Serawa:
Santan(setgh biji buoh kelapa)
Gula melaka
Gula
Daun pandan
Telur( 1biji)

Cara:
Masukkan santan,gula melaka,gula,daun pandan dan kacau supaya x berketul2.
Setelah kuah mendidih,masukkan telur yg dikacau dgn garpu dan masukkan dlm santan

Lempeng Daging

Bahan-bahan:

Bahan lempeng:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya utk adunan tepung
Sedikit mentega@minyak utk menggoreng lempeng

Cara Membuat:
1)Ambil mangkuk dan masukkan tepung gandum,telur&garam.
2)Masukkan air&kacau sehingga menjadi sedikit cair untuk adunan lempeng.
3)Panaskan kuali&sapukan mentega utk mengelakkan lempeng melekat ats kuali.

Bahan inti:
Sedikit daging(cincang halus)
Rempah kurma(2 sudu besar)
Bawang merah,bawang putih( tumbuk 3 ulas)
Halia(tumbuk)
Bawang besar(1labupotong halus)
Ubi kentang(potong kecik2)
Garam(1 sudu teh)
Gula(1 sudu besar)
Sedikit air dan minyak menumis

Cara Membuat:
1)Gaulkan bahan tumbuk bersama daging dan rempah kurma.
2)Masukkan daging yg tlh digaul dgn rempah kurma ke dlm kuali yg dipanaskan dgn minyak.
3)Apabila air daging keluar,masukkan ubi kentang dan sedikit air sehingga empuk.
4)Setelah daging&ubi kentang empuk,masukkan bawang besar yg tlh dipotong halus.
5)Setelah inti daging siap,boleh diisi ke dlm lempeng yg tlh digoreng.






Tuesday, April 19, 2011

Lempeng nyo

Bahan-bahan ( untuk seisi keluarga )

  • 1biji kelapa muda diparut 1 cawan air kelapa muda 2 sudu gula sdikit garam 3cwan tepung gandum sdkit air
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

masukkan kelapa parut kedlm bekas, kemudian masukkan pula tepung gandum dikuti ngan air, kacau sbati, masukkn gula n garam, kacau sbati gunakan kuali, sapu minyak rata kemudian masukkan tepung yg sudah siap, ratakan di dlm kuali. ttp kuali ngan penutup, bila agak masak, blikkan, masak.... siap tok dhidangkan

Monday, April 18, 2011

Penkek@lempeng Bersos Pisang Karamel

Bahan-bahan ( 3 biji ( mkn sorang) )

  • Bahan utk lempeng @ pankek
  • 3 sudu penuh Tepung Gandum
  • Susu segar @ air (secukupnya)
  • Secubit garam,
  • gula secukupnya (dlm 1 1/2 sudu)
  • Bahan utk sos pisang karamel
  • 2 biji pisang masak (kalau nak lebih boleh lebihkan)
  • 3 sudu gula
  • 5 sudu air
  • lupa nak add kat bhn2 utk lempeng la.....kena add secubit kapur mkn. & jgk minyak utk mengoreng lempeng

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan utk lempeng ke dlm mangkuk & kacau hingga sebati. adunan lempeng ni cair je. air tu kena tmbh sikit2 smpai la adunan tu sebati ( xbeketul2)
  2. panaskan kuali dan masak lempeng : ambil sesenduk adunan dan tuang ke dlm kuali, buat pusingan dgn senduk supaya lempeng tu lebar, biar sekejap kemuan terbalikkan dan tunggu masak
  3. utk sos pisang karamel: panaskan kkuali, masukkan gula n air ke dlm n biarkan mencair n menjadi karamel (perang) dlm masa 3 @ 4 minit atas api yg paling kecik
  4. potong pisang membulat , kemudian masukkan ke dalam karamel, jika terlampau pekat boleh tmbh air lg, biarkan seketika, kemudian curahkan atas lempeng yg di buat td

Kurma Daging

Bahan-bahan:
Daging
Ubi kentang(belah 4)
Rempah Adabi
Bawang besar(belah 4)
Bawang merah,bawang putih(tumbuk)
Halia(mayang)
4 rempah(cengkih,pelaga,bunga lawang,kayu manis)
Santan
Air,garam,minyak

Cara Membuatnya:
1)Tumis halia dan 4 rempah sehingga naik bau dan masukkan daging yg telah digaul sebati ngn rempah adabi dan bawang merah dan bawang putih yg tlh ditumbuk.
2)Taruh air dan ubi kentang.masak sampai empuk.
3)Apabila daging&ubi kentang empuk...masukkan santan,bawang besar,garam dan kacau perlahan2 sehingga kuah kering dan pekat.

Saturday, April 16, 2011

Steamboat Istimewa

Bahan-bahan ( 4 - 5 org )

  • A. BAHAN2 UNTUK SUP :
  • Air - 4 liter
  • Tulang / kerangka ayam
  • Garam secukup rasa
  • B. BAHAN2 UNTUK SOS PENCICAH :
  • 6 biji cili merah - dimesin
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sudu minyak bijan
  • 3 sudu besar sos ikan
  • cuka makan
  • air
  • gula
  • C. BAHAN2 UNTUK ISI :
  • Bebola ikan/ayam/sotong/ketam/hotdog
  • udang/ayam/sotong/cuttlefish
  • kobis cina/cendawan tiram/pak choy
  • telur ayam

Cara-cara

  1. Rebus bahan2 A selama 11/2 jam. Masukkan garam. Apabila sudah, asingkan tulang/kerangka ayam
  2. Masak bahan2 B didalam periuk sehingga pekat. Boleh ditabur kacang tumbuk jika suka
  3. Didalam bekas steamboat, masukkan air rebusan tulang/kerangka ayam. Pecahkan telur ayam & masukkan bahan2 C
  4. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bolehlan dimakan dengan sos pencicah

Steamboat 1

Bahan-bahan ( 1 famili )

  • SUP A :- (yang mudah)
  • 1/2 kilo tulang ikan atau tulang ayam
  • 2 ltr air
  • 1 kiub pati ikan bilis atau 1 genggam ikan bilis dikisar
  • 3 sk pes bawang putih
  • 2 sk pes halia
  • garam dan gula secukup rasa
  • SUP B :- (Korean Style)
  • 200 g kacang soya
  • 1/2 kilo kepak ayam atau tulang ayam
  • 5 ulas bawang putih - diketuk
  • 1/2 jari halis - diketuk
  • 2 kiub pati ayam
  • secukup air untuk merebus
  • agar- agar laut (seaweed) secukupnya
  • garam,gula secukup rasa
  • BAHAN SOS :-
  • 3 sb cili kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 6 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 5 sb gula perang (boleh dilebihkan atau dikurangkan ikut selera)
  • secubit garam
  • 2 sb cuka atau 1/2 cawan jus limau kasturi
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Untuk cara2 SUP A :-
  2. Rebus tulang2 ikan atau ayam dengan air,dijadikan stok.Setelah mendidih,tapis dan buang semua tulang2.Jerang semula stoknya dan masukkan kesemua bahan2 yang lain dan rebus dengan api sederhana.Tambah air jika kurang dan perasakan lagi dengan garam dan gula secukupnya.
  3. SUP A ini akan bertambah sedap setelah dicelur atau dimasukkan bahan2 seperti udang,sotong,bebola ikan dll...
  4. Untuk cara2 SUP B(Korean Style) :-
  5. Semua bahan2 kecuali agar2 laut/seaweed direbus dengan secukup air hingga kacang soya kembang,tambah air lagi jika perlu dan masak hingga mendidih.Matikan api dan tapis untuk dijadikan sup.Jerang semula sup dan masukkan agar2 laut/seaweed dan bolehlah dicelur dgn bahan2 steamboat yg telah disediakan.
  6. CARA2 membuat SOS :-
  7. Satukan semua bahan2 sos ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga pekat.

Friday, April 15, 2011

Ketupat Sotong Berlemak

Bahan-bahan:
Sotong
Bawang merah(mayang halus)
Halia(mayang halus)
Halba
Santan pekat&santan cair
Beras pulut
Garam,gula
Batang lidi


Cara Membuat:
 1) Basuh beras pulut dan rendamkan dlm santan pekat selama 1/2jam.
 2) Sumbat beras pulut ke dalam badan sotong setgh shj dan kepitkan ngn batang lidi.
 3) Taruh santan cair,bwg merah,halba,halia,garam gula dan kacau perlahan-lahan sehingga masak pulut dlm sotong.

Monday, April 11, 2011

Daging Masak Merah

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rase...
  • klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
  3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
  4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
  5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
  6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA

Saturday, April 9, 2011

Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan:
Nasi
Ikan tenggiri jeruk
Cendawan shitake
Bawang putih(cincang halus)
Cili padi yg ditumbuk
Sayur kailan
Daging,ayam
Telur yg telah digoreng
Kicap,garam,minyak

Cara Membuat:
1)Tumis bawang putih&cili padi yg ditumbuk hingga naik bau...masukkan cendawan,daging,ikan tenggiri jeruk goreng sampai masak.
2)Masukkan nasi,kicap,garam,telur dan kacau sebati.Akhirnya masukkan sayur kailan.Goreng sehingga masak.

Tuesday, April 5, 2011

Ikan Percik Bermadu

Bahan-bahan ( A )

  • 4 ekor ikan kembung / ikan mata besar / ape² jenis ikan
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit garam
  • 1 sk madu
  • daun pisang /daun kunyit secukupnya - utk bakar ikan 
  •  
  •   Bahan-Bahan ( B )
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 jari kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering
  • 15 biji cili padi
  • 1 inci belacan 
  •  
  • Bahan-Bahan ( C )
  • 300 ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
  • 200 ml air
  • 1 - 2 sb gula (ikut citarasa)
  • 1 asam keping
  • 2 sb madu
  • garam

Cara-cara

  1. Bahan A (kunyit dan garam) ditumbuk hingga halus.Masukkan madu dan kacau rata.
  2. Bersihkan ikan. Perap dengan bahan A yang telah ditumbuk tadi lebih kurang 15 minit.
  3. Alaskan ikan dengan daun pisang atau daun kunyit. Panggang @ bakar ikan yang telah diperap hingga masak. - tak perlu terlalu garing.
  4. Sementara itu blender halus bahan² B. Kalau rajin bolehlah ditumbuk hingga halus.
  5. Masukkan Bahan² B yang telah halus dikisar kedalam periuk. Tambahkan santan pekat dan air. Masak diatas api sehingga mendidih- kacau selalu supaya tak pecah minyak.
  6. Bila dah mendidih, masukkan garam, gula, madu dan asam keping. rasa masam, manis dan pedasnya.
  7. Matikan api. celupkan ikan yang telah dipanggang @ dibakar kedalam kuah tadi sepenunhnya dan keluarkan, letak ikan yang telah dicelup kedalam kuah diatas daun pisang @ daun kunyit.
  8. Panggang @ bakar ikan sekali lagi. Balik -balikkan ikan diatas dulang pembakar @ pemanggang. Jangan lupa sudukan sedikit kuah semasa proses memanggang kali kedua ni. Biar sehingga ikan dan kuah bersalut sepenuhnya barulah diangkat.
  9. Sedia dihidang bersama nasi putih panas. Kuah yang lebih bolehlah dihidang bersama ikan tadi. 

    Udang Masam Manis

    Bahan-bahan:
    Udang harimau
    Bawang putih(hiris halus)
    Tomato(potong dadu)
    Lada merah(potong dadu)
    Sos Plum
    Sos cili
    Sos tiram
    Lada sulah
    Minyak,Garam,gula dan air

    Cara Membuat:
    1.Goreng udang sampai masak.Ketepikan.
    2. Tumis bawang putih sampai naik bau.Letak lada merah dan tomato yg telah dipotong dadu.
    3. Letak bahan sos spt sos cili,sos plum,sos tiram,lada sulah,garam,gula dan air.
    4. Masukkan udang yg telah digoreng ke dalam bahan sos yg telah dimasak.

    Kangkung Hati Cendawan Bijan

    Bahan-bahan:
    Kangkung
    Lada Merah
    Bawang merah(kisar)
    Bawang putih(kisar)
    Cendawan shitake
    Hati ayam/lembu
    Kicap dan lada sulah
    Minyak bijan
    Minyak masak
    Garam,gula dan air

    Cara Membuat:
    1.Tumis bawang yg telah dikisar.goreng sampai naik bau dan letak hati dan cendawan yg telah dihiris.
    2. Letak kicap,minyak bijan,lada sulah,garam,gula dan air.
    3. letak kangkung dan lada merah yg telah dipotong halus.

    Monday, April 4, 2011

    Udang Pepper

    Bahan-bahan ( 5 orang )

    • 500gm udang - gaul dengan garam dan pepper (black @ white)
    • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 3 biji cili merah - ditumbuk kasar2
    • 3 sudu teh jus limau kasturi
    • Sedikit daun sup/bawang - untuk hiasan
    • Sedikit minyak untuk menumis

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
    2. Masukkan udang, cili merah yang telah ditumbuk dan jus limau. Masak hingga udang jadi kemerah-merahan.
    3. Matikan api. Masukkan daun sup/bawang dan kacau rata.
    4. Siap untuk dihidang...

    Cendawan 3 Rasa

    Bahan A:
    50 gm cendawan ablone
    50 gm cendawan hitam
    50 gm kulat hitam (black fungus)

    Bahan B:
    100 gm kubis bunga - dipotong kecil
    80 gm brokoli - dipotong kecil
    30 gm lada benggala hijau - dipotong baji
    30 gm lada benggala merah - dipotong baji
    40 gm lobak merah - dihiris nipis
    30 gm jagung muda - dipotong tiga
    10 gm bawang putih - dicincang halus

    Bahan C:
    10 gm udang kering - dikisar
    40 gm sos tiram
    20 gm tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
    10 gm garam
    10 gm gula
    30 gm minyak masak
    5 gm serbuk perasa

    Cara menyediakan:
    1. Rendam kesemua bahan A di dalam air suam selama 10 minit.
    2. Kemudian angkat dan tapis. Hiris kesemua cendawan.
    3. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
    4. Masukkan udang kering dan sos tiram bersama sedikit air.
    5. Masukkan kesemua bahan B dan biarkan sehingga setengah masak.
    6. Campurkan bahan A, kacau sehingga sayur masak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
    7. Akhir sekali masukkan bancuhan air, tepung jagung dan kacau hingga pekat. Angkat dan hidangkan.

    Chao Tom

    Bahan-bahan:
    1 kg udang - dibuang kulit
    1 biji putih telur
    10 gm serbuk lada hitam
    20 gm gula
    1- gm garam
    30 gm bawang putih
    36 batang tebu - dipotong kemas sepanjang 8 cm

    Cara Menyediakan:
    1. Keringkan udang menggunakan kain kering yang bersih. Perap udang bersama serbuk lada hitam, garam, gula dan putih telur selama 30 minit.
    2. Kisar udang sehingga halus, masukkan bawang putih dan kisar lagi hingga sebati.
    3. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 30 minit.
    4. Ambil segenggam adunan udang dan kepalkan pada batang tebu.
    5. Kukus selama 7 minit, kemudian panggang sehingga masak.
    6. Setelah masak, hidangkan bersama sos daun bawang yang ditabur kacang tanah panggang yang telah ditumbuk kasar. Lebih enak jika dinikmati dengan sos manis ikan dan salad segar berempah.

    Sos Manis Ikan
    Bahan-bahan:
    100 ml sos ikan Vietnam atau sos ikan Thai
    5 ulas bawang putih - dicincang
    3 tangkai cili segar - dibuang biji dan dicincang
    1 biji limau - ambil jusnya
    2 sudu besar sirap gula

    Cara Menyediakan:
    1. Campurkan semua bahan dan hidangkan.

    Sos Daun Bawang
    Bahan-bahan:
    100 ml minyak
    100 ml daun bawang - dicincang

    Cara Menyediakan:
    1. Panaskan minyak dan masukkan daun bawang.
    2. Kacau selama satu atau dua minit, kemudian angkat dan hidangkan.

    Gulai Ikan Tongkol(Nasi Berlauk)

    Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
    • 1 kg ikan tongkol
    • 2-3 ekor ikan kering
    • 2-3 ulas asam keping
    • 4 ulas bawang merah
    • 2-3 ulas bawang putih
    • 4-5 biji cili padi
    • 3 cm lengkuas
    • 2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 3 sudu makan cili giling
    • 1 biji kelapa
    • 1 batang timun
    • 1 biji cili merah
    • 1 biji cili hijau
    • garam secukup rasa
    Cara-cara
    1. ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping...ketepikan ikan tongkol rebus ini...
    2. kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut...timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa...
    3. masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun...
    4. kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau...
    5. kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P
    6. untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...

    Wednesday, March 30, 2011

    Sambal Terung

    Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

    • 4 biji terung ungu bulat
    • 6 - 8 biji cili kering - rendam dalam air panas
    • 4 biji bwg merah dan 2 ulas bwg putih
    • sedikit belacan
    • 2 sudu besar udang kering atau ikan bilis - direndam
    • air asam jawa secukup rasa
    • garam, gula dan sedikit kicap manis secukup rasa

    Cara-cara

    1. Terung dicuci dan dihiris setebal 1cm. Goreng dgn minyak byk sehingga kekuningan dan lembut
    2. Bila dah kuning/perang, angkat dan toskan
    3. Cili kering, belacan, bawang dan udang kering ditumbuk hingga lumat
    4. Tumis cili yang telah ditumbuk sehingga agak garing, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Kemudian masukan terung.
    5. Masukkan sedikit kicap manis, balik2kan dan angkat. Jangan masak terlalu lama sebab terung dah masak.

    Tuesday, March 29, 2011

    Rendang Sotong Ketupat

    Bahan-bahan:
    1 kg sotong saiz besar atau sederhana - jangan dipotong
    3 sudu besar rempah kari
    3 cawan santan pekat
    1 keping asam gelugur
    Garam dan cula secukup rasa
    Minyak untuk menumis
    Bahan Kisar:
    8 tangkai cili kering
    6 tangkai cili padi
    3 ulas bawang putih
    6 ulas bawang merah
    2 batang serai
    2 cm halia
    Bahan Pulut:
    200 gm pulut
    1 1/2 cawan santan pekat
    Sedikit garam

    Cara Menyediakan:
    1. Untuk pulut, rendam pulut semalaman, kemudian campurkan pulut bersama santan dan garam.
    2. Kukus pulut sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
    3. Sementara itu, panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
    4. Masukkan rempah kari dan asam gelugur, biar hingga wangi.
    5. Masukkan santan pekat, biar mendidih dan pecah minyak.
    6. Perisakan dengan garam dan gula.
    7. Setelah kuah pekat, masukkan sotong yang telah disumbat dengan pulut.
    8. Biarkan sehingga sotong masak, barulah diangkat dan dihidangkan.

    Asam Pedas Kari Ikan Plotan

    BAHAN-BAHAN: 
    4 keping ikan plotan
    1/2 cawan cili kering (kisar)
    2 sudu besar bawang besar (kisar)
    1 sudu besar bawang putih (kisar)
    2 sudu besar serbuk kari ikan
    2 cawan air asam jawa
    Sedikit belacan
    Daun kesum, bunga kantan, daun limau purut
    15 tangkai kacang  bendi
    4 tangkai cili merah 

    CARA MENYEDIAKAN:
    1. Panaskan minyak, masukkan cili kering kisar, bawang besar, bawang putih, belacan dan serbuk kari ikan.
    2. Tumis semua bahan tadi sehingga naik bau dan pecah minyak kemudian barulah dimasukkan  air asam jawa, ikan plotan, garam dan  gula.
    3. Setelah mendidih, masukkan bendi dan cili merah. Biarkan mereneh dan kacang bendi masak.

    Kari Ikan Portugis

    Bahan-bahan:
    3 keping ikan tenggiri
    BAHAN A:
    2 ulas bawang besar
    3 ulas bawang putih
    3 cm halia
    BAHAN B:
    100 gm tomato (hiris)
    3 biji cili hijau (hiris)
    1 batang serai (ketuk)
    BAHAN C:
    1/2 sudu besar jintan manis
    2 sudu besar jintan putih
    BAHAN D:
    5 helai daun kari
    2 sudu besar serbuk kari
    1 sudu besar cili kisar
    1/2 sudu besar serbuk kunyit
    1/2 sudu kecil stok ikan bilis
    Garam secukup rasa

    Cara Menyediakan:
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A dan bahan C hingga naik bau.
    2. Kemudian masukkan bahan B dan bahan D. Selepas itu, masukkan ikan tenggiri. Kacau sebati.
    3. Masak sehingga kuah mendidih.

    Kari Ikan Kering Tumis Darat

    Bahan-bahan:
    4-6 keping tulang ikan masin (talang atau merah)
    2 sudu besar serbuk kari daging
    1/2 biji kelapa parut - diambil 2 cawan santan
    4 biji kenting kecil atau ubi keledek - dipotong empat
    2 biji terung bulat - dibelah enam
    1/4 biji nanas - dibuang empulur dan potong kecil
    3-4 ulas bawang putih
    6-8 ulas bawang merah
    1 tangkai daun kari
    1 sudu teh jintan manis
    2 sudu besar jus asam jawa
    2 sudu besar minyak
    Garam jika perlu

    Cara Menyediakan:
    1. Campurkan rempah daging dan tulang dengan satu cawan pati santan, kemudian rebuskan hingga mesra.
    2. Masukkan satu lagi cawan santan diikuti dengan ubi kentang. Apabila kentang lembut, masukkan nanas dan garam secukup rasa.
    3. Setelah masak, kecilkan api dan ketepikan bahan tadi.
    4. Sediakan kuali, panaskan minyak dan tumis bawang merah, jintan manis, bawang putih serta daun kari.
    5. Tumis sampai naik wangi kemudian tuang semua bahan dalam kuali ke dalam periuk. Tutupkan api.
    6. Tutup periuk selama 10 minit agar bahan-bahan menjadi lebih mesra sebelum dihidangkan.

    Ayam Sos Plum

    Bahan-bahan:
    1 ekor ayam - dipotong kecil
    1 ulas bawang putih
    1 sudu besar halia parut
    3 tangkai daun bawang - dikerat 2 cm
    3/4 cawan sos plum
    1 sudu besar kicap cair
    1 sudu besar tepung jagung } dibancuh
    1/4 cawan air                     } agar tidak berketul
    3 sudu besar minyak masak
    Garam secukup besar

    Cara Menyediakan:
    1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam. Kacau sehingga masak kemudian masukkan bawang putih, halia, daun bawang, sos plum, kicap cair, bancuhan tepung jagung dan garam.
    2. Kacau hingga rata dan biarkan hingga kuah mendidih dan pekat. Angkat dan hidang panas-panas.

    Monday, March 28, 2011

    Tilapia Goreng Berlada

    BAHAN-BAHAN:  
    3 ekor ikan tilapia
    10 tangkai cili merah
    1/2 labu bawang besar
    Sedikit belacan
    3 keping asam gelugur

    CARA MENYEDIAKAN:

    1. Ikan digoreng garing dan ketepikan dulu.
    2. Cili merah, bawang besar dan belacan dikisar kasar.
    3. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga garing.
    4. Masuk­kan gula, garam, dan asam gelugur.
    5. Tumis hingga cilinya cukup masak.
    6. Kemudian tuangkan ke atas ikan.

    Ikan Sos Plum

    Bahan-bahan:
    1 ekor ikan kerapu - sederhana besar
    1 keping nanas - dadu
    1 labu bawang besar - hiris
    3 ulas bawang putih - cincang
    Sedikit hirisan halia
    Tepung beras secukupnya
    1 biji putih telur
    Minyak untuk menggoreng dan menumis

    Bahan Perap:
    1 sudu kecil serbuk lada sulah
    Garam secukup rasa
    Bahan Perasa:
    2 sudu besar sos plum
    2 sudu besar sos tomato
    1 gelas air
    1 sudu besar sos cili

    Cara Menyediakan:
    1. Bersihkan ikan dan keluarkan tulang besarnya. Kelar isi ikan dan perap dengan bahan-bahan perap 15 minit.
    2. Celupkan isi ikan ke dalam putih telur, golek dalam tepung beras dan goreng hingga kuning. Ketepikan.
    3. Pijarkan dua sudu besar minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga kuning. Campurkan bahan perasa dan kacau hingga mendidih, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng ikan.

    Thursday, March 24, 2011

    Ketam Masak Pedas

    Bahan A:
    -3 ekor ketam
    -1 cawan tepung jagung
    -3 sudu minyak masak
    -1 senduk sos Thai
    -4 sudu lada kisar
    -1/2 sudu besar serbuk kunyit
    -1/2 sudu besar sos tiram

    Bahan B:
    -1 biji bawang Holland(dipotong 4)
    -2 batang serai
    -5 helai daun kari
    -5 kiub nanas dihiris
    -3 helai daun bawang
    -2 ulas bawang putih
    -3 batang cili padi(dihiris halus)
    -1 sentimeter lengkuas

    Cara Penyediaan:
    1)      Goreng ketam yg digaul dgn tepung jagung.
    2)      Goreng bawang Holland,bawang putih dan cili sampai sebati sebelum dimasukkan serai,lengkuas dan nanas.Selepas mengeluarkan bau yg harum,masukkan lada kisar,serbuk kunyit,sos Thai,sos cili,sos tomato dan air serta kacau sebati sebelum menambaha garam dan gula secukup rasa.
    3)      Apabila Bahan B masak,masukkan ketam yg telah digoreng dan tunggu hingga 3 minit dan sedia dihidangkan.