• Ayam
  • Daging
  • Manisan
  • Mee
  • Nasi
  • Seafood
  • Western

Wednesday, March 30, 2011

Sambal Terung

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 4 biji terung ungu bulat
  • 6 - 8 biji cili kering - rendam dalam air panas
  • 4 biji bwg merah dan 2 ulas bwg putih
  • sedikit belacan
  • 2 sudu besar udang kering atau ikan bilis - direndam
  • air asam jawa secukup rasa
  • garam, gula dan sedikit kicap manis secukup rasa

Cara-cara

  1. Terung dicuci dan dihiris setebal 1cm. Goreng dgn minyak byk sehingga kekuningan dan lembut
  2. Bila dah kuning/perang, angkat dan toskan
  3. Cili kering, belacan, bawang dan udang kering ditumbuk hingga lumat
  4. Tumis cili yang telah ditumbuk sehingga agak garing, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Kemudian masukan terung.
  5. Masukkan sedikit kicap manis, balik2kan dan angkat. Jangan masak terlalu lama sebab terung dah masak.

Tuesday, March 29, 2011

Rendang Sotong Ketupat

Bahan-bahan:
1 kg sotong saiz besar atau sederhana - jangan dipotong
3 sudu besar rempah kari
3 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam dan cula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan Kisar:
8 tangkai cili kering
6 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai
2 cm halia
Bahan Pulut:
200 gm pulut
1 1/2 cawan santan pekat
Sedikit garam

Cara Menyediakan:
1. Untuk pulut, rendam pulut semalaman, kemudian campurkan pulut bersama santan dan garam.
2. Kukus pulut sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Sementara itu, panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
4. Masukkan rempah kari dan asam gelugur, biar hingga wangi.
5. Masukkan santan pekat, biar mendidih dan pecah minyak.
6. Perisakan dengan garam dan gula.
7. Setelah kuah pekat, masukkan sotong yang telah disumbat dengan pulut.
8. Biarkan sehingga sotong masak, barulah diangkat dan dihidangkan.

Asam Pedas Kari Ikan Plotan

BAHAN-BAHAN: 
4 keping ikan plotan
1/2 cawan cili kering (kisar)
2 sudu besar bawang besar (kisar)
1 sudu besar bawang putih (kisar)
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 cawan air asam jawa
Sedikit belacan
Daun kesum, bunga kantan, daun limau purut
15 tangkai kacang  bendi
4 tangkai cili merah 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering kisar, bawang besar, bawang putih, belacan dan serbuk kari ikan.
2. Tumis semua bahan tadi sehingga naik bau dan pecah minyak kemudian barulah dimasukkan  air asam jawa, ikan plotan, garam dan  gula.
3. Setelah mendidih, masukkan bendi dan cili merah. Biarkan mereneh dan kacang bendi masak.

Kari Ikan Portugis

Bahan-bahan:
3 keping ikan tenggiri
BAHAN A:
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
BAHAN B:
100 gm tomato (hiris)
3 biji cili hijau (hiris)
1 batang serai (ketuk)
BAHAN C:
1/2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
BAHAN D:
5 helai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu kecil stok ikan bilis
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A dan bahan C hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan B dan bahan D. Selepas itu, masukkan ikan tenggiri. Kacau sebati.
3. Masak sehingga kuah mendidih.

Kari Ikan Kering Tumis Darat

Bahan-bahan:
4-6 keping tulang ikan masin (talang atau merah)
2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 biji kelapa parut - diambil 2 cawan santan
4 biji kenting kecil atau ubi keledek - dipotong empat
2 biji terung bulat - dibelah enam
1/4 biji nanas - dibuang empulur dan potong kecil
3-4 ulas bawang putih
6-8 ulas bawang merah
1 tangkai daun kari
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar jus asam jawa
2 sudu besar minyak
Garam jika perlu

Cara Menyediakan:
1. Campurkan rempah daging dan tulang dengan satu cawan pati santan, kemudian rebuskan hingga mesra.
2. Masukkan satu lagi cawan santan diikuti dengan ubi kentang. Apabila kentang lembut, masukkan nanas dan garam secukup rasa.
3. Setelah masak, kecilkan api dan ketepikan bahan tadi.
4. Sediakan kuali, panaskan minyak dan tumis bawang merah, jintan manis, bawang putih serta daun kari.
5. Tumis sampai naik wangi kemudian tuang semua bahan dalam kuali ke dalam periuk. Tutupkan api.
6. Tutup periuk selama 10 minit agar bahan-bahan menjadi lebih mesra sebelum dihidangkan.

Ayam Sos Plum

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1 ulas bawang putih
1 sudu besar halia parut
3 tangkai daun bawang - dikerat 2 cm
3/4 cawan sos plum
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar tepung jagung } dibancuh
1/4 cawan air                     } agar tidak berketul
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup besar

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam. Kacau sehingga masak kemudian masukkan bawang putih, halia, daun bawang, sos plum, kicap cair, bancuhan tepung jagung dan garam.
2. Kacau hingga rata dan biarkan hingga kuah mendidih dan pekat. Angkat dan hidang panas-panas.

Monday, March 28, 2011

Tilapia Goreng Berlada

BAHAN-BAHAN:  
3 ekor ikan tilapia
10 tangkai cili merah
1/2 labu bawang besar
Sedikit belacan
3 keping asam gelugur

CARA MENYEDIAKAN:

1. Ikan digoreng garing dan ketepikan dulu.
2. Cili merah, bawang besar dan belacan dikisar kasar.
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga garing.
4. Masuk­kan gula, garam, dan asam gelugur.
5. Tumis hingga cilinya cukup masak.
6. Kemudian tuangkan ke atas ikan.

Ikan Sos Plum

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu - sederhana besar
1 keping nanas - dadu
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
Sedikit hirisan halia
Tepung beras secukupnya
1 biji putih telur
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Perap:
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan Perasa:
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos tomato
1 gelas air
1 sudu besar sos cili

Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ikan dan keluarkan tulang besarnya. Kelar isi ikan dan perap dengan bahan-bahan perap 15 minit.
2. Celupkan isi ikan ke dalam putih telur, golek dalam tepung beras dan goreng hingga kuning. Ketepikan.
3. Pijarkan dua sudu besar minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga kuning. Campurkan bahan perasa dan kacau hingga mendidih, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng ikan.

Thursday, March 24, 2011

Ketam Masak Pedas

Bahan A:
-3 ekor ketam
-1 cawan tepung jagung
-3 sudu minyak masak
-1 senduk sos Thai
-4 sudu lada kisar
-1/2 sudu besar serbuk kunyit
-1/2 sudu besar sos tiram

Bahan B:
-1 biji bawang Holland(dipotong 4)
-2 batang serai
-5 helai daun kari
-5 kiub nanas dihiris
-3 helai daun bawang
-2 ulas bawang putih
-3 batang cili padi(dihiris halus)
-1 sentimeter lengkuas

Cara Penyediaan:
1)      Goreng ketam yg digaul dgn tepung jagung.
2)      Goreng bawang Holland,bawang putih dan cili sampai sebati sebelum dimasukkan serai,lengkuas dan nanas.Selepas mengeluarkan bau yg harum,masukkan lada kisar,serbuk kunyit,sos Thai,sos cili,sos tomato dan air serta kacau sebati sebelum menambaha garam dan gula secukup rasa.
3)      Apabila Bahan B masak,masukkan ketam yg telah digoreng dan tunggu hingga 3 minit dan sedia dihidangkan.

Yong Tauhu Tom Yam

Bahan A :
-Serai dititik
-Sedikit isi ayam
-Air rebusan ayam
Bahan B :
-1/2 biji tomato dipotong baji
-1 sudu pes tomyam
-1/2 biji bawang besar dipotong baji
-1/3 batang lobak merah dipotong baji
-1/3 batang saderi
Bahan Stimbot :
-2 chikuwa
-4 bebola ikan
-1 kek ikan
-2 tauhu
-2 jejari ketam
-2 bebola sotong
Sayuran: kubis,cendawan,sawi pendek
Makanan Laut: 2 ekor udang,1/2 ekor sotong kembang
Bahan C :
-2 helai daun limau purut
-1/2 biji jus limau nipis
-cili padi
-garam secukup rasa
-daun ketumbar sbg hiasan
Cara Membuatnya:
Bahan A direbus sehingga naik bau serai ditambah bahan B,apabila sudah cukup masak,ditambah daun limau purut,air limau nipis,cilipadi dan garam secukupnya.Hiaskan dgn daun ketumbar yg dikoyak kasar di atasny

Wednesday, March 23, 2011

Ikan Bawal Masak Merah

Bahan untuk menggoreng ikan:
1 ekor ikan bawal hitam
1 camca kecil kunyit
2 cubit garam

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 batang serai (saiz sederhana)
3 camca besar cili boh
1 camca besar sos cili
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang cili merah (dibelah 2 memanjang)
1 batang cili hijau (dibelah 2 memanjang)
1 biji tomato (dipotong ikut suka)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 camca kecil gula
garam secukup rasa

Cara:
1. Pertama sekali, gaulkan ikan bersama2 serbuk kunyit dan garam sehingga rata untuk digoreng sehingga garing.

2. Sementara menunggu ikan goreng itu garing, kisarkan bahan2 yang untuk dikisar iaitu bawang besar, bawang putih, halia & serai sampai lumat.

3. Setelah ikan goreng garing, kita angkatlah ikan itu lalu masukkan bahan2 yang dikisar tadi ke dalam kuali untuk ditumis. Dalam masa yang sama sila masukkan sekali bahan2 seperti cili boh, sos cili, kayu manis, buah pelaga, cengkih, & bunga lawang. Kacau2 ia sehingga cilinya masak dan naik minyaknya (agak2 dalam 5 minit)

4. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau & bawang besar yg telah dipotong bersama2 gula dan garam secukup rasa. Kacau2 ia dalam masa 1 minit, lepas tu boleh tutup api.

Letakkan ikan di dalam mangkuk dan curahkan kuahnye di atas ikan tersebut. Dan boleh le dihidangkan dan dimakan segera bersama nasi.

Bawal Kukus Sos Tiram

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal putih
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji cili merah (hiris)
1 biji cili hijau (hiris)
1 inci halia (hiris) 

1 batang lobak merah (hiris) 3 sudu sos tiram
3 biji limau kasturi



Cara-cara:
1)Bersihkan ikan dan letak dalam bekas yang boleh dikukus.
2)Taburkan bahan-bahan hiris.
3)Letak sos tiram.
4)Perahkan limau kasturi.
5)Kukus selama 20 minit.

Tuesday, March 22, 2011

Cencaru Sambal Petai

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru (goreng garing)
3 papan petai
13 tangkai cili padi (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 labu bawang besar (mayang)

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.
2.Masukkan petai dan bawang besar.
3.Tumis lagi dan tuang ke atas ikan goreng.

Ikan Cencaru Masak Pedas

Bahan-bahan

  • ikan cencaru yang dah dibersihkan dan dilumur kunyit
  • cili boh (kena agak2 bergantung kepada berapa banyak ikan)
  • bawang merah (ditumbuk dan dihiris sedikit tebal)
  • sedikit sos cili dan sos tomato
  • hirisan tomato
  • seleri
  • sedikit air
  • garam dan gula

Cara-cara

  1. goreng ikan hingga masak.angkat dan dibiarkan sebentar
  2. kemudian, tumiskan bawang merah yang ditumbuk hingga naik bau
  3. kemudian masukkan cili boh dan masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  4. apabila sudah pecah minyak, masukkan air,sedikit sos cili dan sos tomato. biarkan mendidih seketika.
  5. apabila sudah mendidih,kecilkan sedikit api.masukkan garam dan gula secukup rasa. kemudian masukkan ikan, hirisan tomato, seleri dan hirisan bawang tadi. masak sehingga mendidih dan kemudian boleh ditutup apinya dan dihidangkan. 
  6.  
     

    Ikan Bawal 3 Rasa

    Bahan-bahan ( 2 orang )

    • 1 ekor ikan bwl saiz besar
    • 3 ulas bwg putih dan 2 biji cili padi diketuk
    • 3 sudu besar sos cili thai (klau xde bleh pkai sos cili malaysia...heheh)
    • 4 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar sos ikan
    • 1 hiris air asam limau nipis
    • Gula dan perasa
    • Bahan utk hiasan:
    • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
    • 1 inci halia dimayang halus
    • Cili merah dipotong
    • Hirisan daun ketumbar
    • Buah nenas dipotong dadu (sy x letak sbb xde stok)
    • Bleh juga masukkan timun yg dibuang biji dan dipotong dadu

    Cara-cara

    1. Ikan diperap bersama sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit dan digoreng dgn minyak yg banyak
    2. Tumiskan bwg putih dan cili padi seterusnya masukkn semua jenis sos.
    3. Masukkn sedikit air...(jika suka masukkn sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah) tp sy x guna tepung sbb sos2 tu semua dh dpt memekatkan kuah..
    4. Masukkan gula dan perasa...tutup api dan masukkn bahan utk hiasan..kemudian curahkan sos tadi keatas ikan dan perahkan limau nipis keatasnya...sedia utk dinikmati..

    Monday, March 21, 2011

    Gulai Nenas Ikan

    Bahan-bahan:
    -Nenas dipotong 4 kecil2
    -Sedikit kunyit
    -Sedikit halia
    -1 batang serai
    -3 ulas bawang merah
    -Cili kisar/cili merah(dikisar)
    -Santan
    -Ikan tenggiri,ikan merah
    -Air,gula&garam

    Cara menyediakan:
    -Taruh nenas bersama santan,kunyit,halia,cili boh,bawang merah dan kacau perlahan-lahan sehingga masak.

    Sunday, March 20, 2011

    Udang Mangga Bersos

    Bahan-bahan:
    100gm udang segar
    1/2 biji mangga muda(diparut kecil2)
    1 sudu besar sos Thai
    Sedikit minyak utk menggoreng

    Cara Membuatnya:
    1.Goreng udang dlm minyak yg panas seketika&angkat.Ketepikan
    2.Sediakan satu mangkuk masukkan mangga yg tlh diparut halus bersama sos Thai.Gaul rata bersama udang yg tlh digoreng.Hidangkan.

    Saturday, March 19, 2011

    Kentang Salut Kentang

    Bahan-bahan:
    6 biji kentang
    1 cawan tepung jagung
    1 biji telur
    Air dari peti sejuk secukupnya
    Sedikit garam
    Sedikit sos cili
    Sedikit mayonis
    Minyak untuk menggoreng

    Cara Menyediakan:
    1. Kupas kentang, sebahagiannya dibelah lapan dan sebahagian lagi dipotong keping bulat atau bujur.
    2. Rendam dalam air sambil diramas supaya keluar sagunya. Basuh lagi dan tuskan hingga kering, kemudian keringkan dengan tuala kertas yang bersih.
    3. Campurkan tepung jagung, garam dan telur. Campurkan sedikit demi sedikit air dalam peti sejuk sambil dipukul perlahan hingga rata dan tidak bergentel.
    4. Panaskan minyak, celup kentang dan goreng hingga kekuningan.
    5. Hidangkan dengan mayonis dan sos cili.

    Serawa Mangga Berpulut

    Bahan-bahan:
    2 biji mangga masak
    1 mangkuk pati santan
    Gula secukup rasa
    1 helai daun pandan
    1 cawan air sejuk
    Secubit garam
    Untuk Pulut:
    2 tin susu beras pulut
    1 cawan pati santan
    Sedikit pewarna merah
    Garam secukup rasa

    Cara Menyediakan:
    1. Pulut dibersihkan kemudian ditus.
    2. Masukkan santan, pewarna merah, daun pandan dan garam ke dalam bekas. Pastikan paras santan sama dengan pulut dan kukus hingga masak.  Setelah itu, gemburkan atau kacau agar sekata. Ketepikan.
    3. Mangga dikupas kulitnya kemudian dibelah sebelum dipotong kecil.
    4. Jerang air di dalam periuk. Masukkan gula dan kacau, bila gula hancur, masukkan pati santan, mangga dan garam. Kacau hingga rata.
    5. Biarkan mendidih dan angkat.
    6. Hidangkan pulut bersama serawa mangga.

    Ketam Masak Lemak

    Bahan:
    3 ekor ketam
    1½ biji kelapa parut
    4 sm kunyit hidup
    15 biji cili api
    1 biji nenas
    2 batang serai
    1 helai daun kunyit
    Garam dan serbuk perasa secukupnya



    Cara:
    Bersihkan ketam, kemudian dipotong dua setelah itu basuh dan toskan airnya. Nenas dibersihkan kulit dan matanya kemudian dipotong kecil-kecil. Cili api ditumbuk sersama serai dan kunyit hidup. Kelapa diperah ambil santannya secukup untuk kegunaan. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama-sama bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi dengan santan. Jerangkan di atas api. Kemudian masukkan nenas, garam dan serbuk perasa secukupnya sambil dikacau selalu. Bila telah mendidih dan pekat, bolehlah diangkat.



    Ketam Bercili Ala Bombay

    Bahan:
    3 ekor ketam
    1 tangkai daun kari
    Sedikit cuka
    0.5cm halia dihiris
    Minyak untuk menumis

    Bahan-bahan untuk dikisar:
    15 tangkai cili kering
    1 biji bawang besar
    1 biji bawang putih 

    Cara:
    Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan daun kari dan hirisan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga sambal agak garing. Setelah garing masukkan ketam yang telah dibersihkan dan dibuang cengkerangnya dan digaulkan sehingga sebati. Perlahankan api dan masukkan sedikit cuka dan tutupkan kuali dengan penutup. Ketam tak perlu masak terlalu lama dan akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa (jika suka). Masakan ini tidak terlalu kering.

    Sup Khazanah Laut Air Asam

    BAHAN-BAHAN:
    80 gm isi ikan
    7 ekor udang
    2 ekor sotong
    9 ekor kupang
    300 gm isi ketam
    5 tangkai cili api (hiris)
    2 labu bawang besar (hiris)
    3 ulas bawang putih (hiris)
    2 cm halia muda (ketuk)
    3 batang serai (ketuk)
    4 cm lengkuas (ketuk)
    5 keping asam gelugur
    2 biji tomato (belah 4)
    5 cawan air
    Garam
    2/5 cawan minyak masak

    CARA MENYEDIAKAN:
    1. Tumis bawang besar, bawang putih ­hin­g­g­­­­a naik bau kemudian masukkan halia, serai, lengkuas dan asam gelugur.
    2. Kemudian masukkan air, tomato, cili padi dan garam secukupnya.
    3. Apabila air mendidih, masukkan bahan-bahan lain.

    Ketam Masak Cili

    Bahan-bahan:
    1kg ketam bunga
    sebuk kunyit
    garam
    myk untuk goreng
     
     
    Bahan A;
    cili kering(rendam & kisar)
    bawang besar
    bwg putih
    1cm halia
    1tagkai serai

    Bahan B:
    2tbsp sos tiram
    3 tbsp sos cili
    4tbsp sos tomato
    garam n gula secukup rasa



    Cara:
    gaulkan ketam dgn kunyit & garam.Goreng kan ketam.Dgn mengunakan myk yg sama(myk mengoreng ketam).
    tumis bahan A hinga naik wangi. Masukan bhn B.Tumis hingga pecah minyak.Masukan ketam yg digoreng.kacau rata.SEDIA DI HIDANGKAN


    Monday, March 14, 2011

    Pengat Pisang

    Bahan-bahan

    1) Pisang abu - buang kulit dan potong bulat (6 biji)
    2) Santan (3 cawan)
    3) Gula melaka (1 keping)
    4) Daun pandan - disimpul (1 helai)
    5) Garam (sedikit)

    Cara Masak
    Caranya sangat mudah, masukkan sahaja semua bahan ke dalam periuk – santan, pisang, daun pandan, gula melaka dan juga sedikit garam.

    Masak menggunakan api yang sederhana

    Kacau sekali sekala supaya santannya tidak berketul. Biarkan mendidih sehingga pisang masak dan sebati bersama semua rasa dan kuahnya sedikit pekat

    Pengat pisang boleh dihidang ketika panas ataupun boleh juga disejukkan dahulu didalam peti ais.

    Chicken Chop

    Bahan-bahan:
    1 ekor ayam sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 6
    Tepung gandum, utk menyalut ayam
    2 biji telur, utk mencelup ayam

    Bahan perap :
    2 sudu besar rempah kari
    1 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar cili kisar
    1 sudu kecil serbuk lada hitam
    1 sudu besar minyak masak

    Cara-cara:
    1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam.
    2. Golekkan ayam ke dalam tepung gandum.
    3. Kemudian celupkan ke dalam telur yg telah dipukul.
    4. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.

    Sos Lada Hitam
    1 bawang besar, dicincang halus
    3 bawang putih, dicincang halus
    4-5 sudu besar serbuk lada hitam, boleh adjust ikut kepedasan..
    2 sudu besar sos tomato
    3 sudu besar kicap
    3 cawan air rebusan daging
    2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
    1 1/2 camca teh garam
    1 sudu besar gula
    minyak utk menumis

    Cara-cara:
    1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu dan wangi.
    2. Masukkan air rebusan daging.
    3. Masukkan sos tomato, kicap, lada hitam dan tepung jagung. Kacau sebati.
    4. Masukkan garam dan gula. Adjust rasanya ikut selera.

    Tomyam Campur

    Bahan-Bahannya :
    50 gm udang basah - dibuang kulit
    50 gm sotong - potong ikut suka
    100 gm isi ayam - dipotong dadu
    1 biji buah tomato - potong ikut suka
    3 batang serai - di titik
    4 biji cili padi - di ketuk
    1 biji bawang besar - di hiris bulat
    2 ulas bawang putih - diketuk
    1 - 2 biji limau nipis
    2 - 3 helai daun limau purut
    1 camb kicap sotong ( kicap cair Thailand)
    sedikit bunga kobis dan carrot - potong ikut suka
    daun sup & daun bawang
    1/2 camb sos tomato siam - optional
    garam, gula dan ajinomoto secukupnya.
    4-5 cawan air

    CARA:
    Didihkan lebih kurang 4 cawan air di dalam periuk. Bila air mendidih, masukkan serai, bawang putih dan daun limau purut. Kemudian masukkan ayam, udang dan sotong. Apabila ia mendidih, masukkan pula bawang besar, garam, gula, ajinomoto, sayur-sayuran, cili padi, sos tomato, kicap siam dan buah
    tomato. Ingat proses memasaknya mesti cepat. maksud saya api dapur mesti besar untuk memastikan tomyam anda lebih enak. Dan akhir sekali, angkat dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang.

    Singgang Daging

    BAHAN-BAHAN:
    1/2 kilo Daging(dihiris nipis), sedikit tulang, sedikit daging berlemak.
    8 ulas bawang merah~dimayang
    5 ulas bawang putih~dimayang
    2 inci halia~dimayang
    1 1/2 inci lengkuas~dimayang
    sejemput ketumbar biji~ditumbuk separuh lumat
    6 biji cili kering~dipotong,dibersihkan dan direndam dengan air panas.
    sedikit gula manisan/gula melaka( lebih kurang 1/2 keping)
    1 keping asam keping gelugur.
    garam secukup rasa
    air untuk kuah.

    Cara Membuatnya:
    1. Tenggekkan periuk berisi air anggaran cukup untuk daging 1/2 kilo di atas api.
    2. Masukkan bahan2 yang dimayang, ketumbar, asam keping, daging, tulang dan daging berlemak.
    3. Biarkan kuah mendidih sehingga daging dan tulang empuk.
    4. Masukkan cili yang telah direndam, garam dan gula melaka. Biarkan semua bahan mesra.
    5. Rasai garamnya dan bolehlah diangkat.

    Mee Udang

    Bahan-Bahan :
    400 gram udang – saiz sederhana
    ¼ sudu teh garam
    1.5 l air
    200 gram mee telur kering

    Kuah Sup :
    Air rebusan udang secukupnya
    ½ sudu teh minyak masak
    1 ½ sudu teh garam
    150 ml air

    Sos :
    8 sudu makan lada merah kisar
    5 sudu makan sos tomato
    2 sudu teh halia parut
    4 ulas bawang putih parut
    2 sudu makan daun bawang cincang
    1 sudu makan minyak bijan
    ½ sudu teh cuka
    300 ml air
    1 sudu makan jus limau nipis
    1 sudu teh garam
    1 sudu teh gula pasir

    Pelengkap :
    Telur rebus
    Limau nipis
    Daun bawang cincang

    Cara Penyediaan :

    1. Lumur udang dengan garam, perapkan selama 10 minit. Kemudian masukkan udang kedalam periuk bersama 1.5 liter air, didihkan dan rebus selama 10 minit Angkat dan toskan. Tapis air rebusan udang dan ketepikan sebanyak 1.2 l.

    2.Satukan kesemua bahan sos, masukkan dalam periuk dan masak hingga pekat, tutup api.

    3. Rebus mee telor dalam air mendidih sehingga lembut, angkat dan toskan. Masukkan mee ke dalam sos, kacau sampai tercampur rata.

    4. Siapkan mangkuk sajian, bahagikan mee sama banyak ke dalam 4 mangkuk hidangan. Curah kuah sup, tambahkan udang dan telur rebus. Sajikan segera dengan taburi daun bawang dan hirisan limau nipis bila suka.

    Asam Rebus Ikan Parang

    Bahan-Bahannya -
    3 potong ikan parang( aye gemar bahagian ekor)
    1 keping asam keping
    Garam secukupnya
    3 batang serai – dititik
    1 labu bawang besar- dipotong 8
    Air secukupnya

    Bahan Kisar:
    1 inci halia
    6 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    2 biji tomato masak
    1 labu bawang merah
    ½ inci lengkuas
    15 biji cili kering
    6 biji cili api
    3 biji cili merah

    Cara Membuatnya:
    1. Dalam periuk, masak bahan kisar bersama air, asam keping, serai yang dititik sehingga mendidih
    2. Masukkan ikan dan garam. Biarkan kuah mendidih agak lama dengan api yang sederhana
    (5 – 10 minit)
    3. Apabila ikan sudah mesra dengan kuah, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

    Ikan Asam Pedas

    Bahan2nya:
    2 biji bawang besar,
    3 biji bawang putih,
    1/2 kunyit hidup ( dikisar sampai lumat)
    1 biji bawang besar - dipotong bulat
    1 biji bawang putih - dihiris
    sedikit halba
    sedikit belacan - letak kalu suka
    Daun kesum secukupnya
    Lada giling, Air asam jawa
    Air secukupnya, garam, gula, ajinomoto
    Ikan
    kacang bendi, tomato ( dipotong 4 )

    CARA :
    1. tumiskan bawang putih, lada giling, halba & bahan yg dikisar tadi sampai wangi.
    2. then masukkan air asam jawa
    3. Apabila ia telah pekat masukkan air.
    4. kemudian masukkan belacan, daun kesum. bendi..
    5. slps itu masukkan garam, gula, ajinomoto & ikan..
    6. last masukkan buah tomato & bawang besar yg dipotong bulat ta serta tunggu sehingga masak...

    Nasi Goreng Kampung

    Bahan-Bahan:
    2 mangkuk nasi sejuk
    ½ mangkuk udang basah sederhana besar
    ½ mangkuk kacang botol - dihiris nipis
    1/3 mangkuk tempe - hiris dan goreng garing
    2 sudu besar ikan bilis goreng
    2 sudu besar minyak masak

    Bhn tumbuk (tidak terlalu halus):
    5 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    Beberapa tangkai cili padi (ikut suka)
    1 cm halia
    1 sudu kecil serbuk belacan
    Sedikit garam (tambahan jika belacan kurang masin)

    Cara:
    Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga agak garing. Masukkan kacang botol dan udang. Kacau selama 1/2 minit. Masukkan tempe, ikan bilis goreng dan nasi sejuk. Kacau sehingga sebati. Angkat dan hidangkan.

    Bergedil Ayam

    Bahan-Bahan:
    1 kg ubi kentang (di kupas kulit)
    300 gm daging ayam (dicincang halus)
    20 gm jintan putih
    20 gm jintan manis... See More
    20 gm lada sulah
    50 gm bawang goreng (paket)
    2 tangkai cili merah (dihiris halus)
    2 tangkai cili hijau (dihiris halus)
    4 batang daun bawang (ihiris halus)
    3 biji telur (dipukul kembang)
    100 gm tepung kentang(potatoe Starch)
    sedikit garam dan perasa (mengikut citarasa sendiri)

    Untuk menumis:
    2 ulas bawang merah kecil
    2 ulas bawang putih
    sedikit minyak zaitun

    Minyak masak untuk menggoreng kentang
    Cara:
    Potong kentang berukuran 1/2 cm. Panaskan minyak selama 15 minit diatas dapur. Setelah itu bolehlah dimasukkan kentang. Goreng sehingga kekuningan dan empuk. Setelah masak, boleh di tapis minyaknya. Kentang hendaklah di tumbuk sehingga lumat. Kemudian ketepikan.

    Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang merah kecil dan bawang putih setelah kuali panas.Masukkan lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kemudian masukkan hirisan daging ayam. Masak sehingga daging ayam masak. Bolehlah dimasukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul sehigga sebati.

    Kemudian masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kentang yang sudah ditumbuk. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan daun bawang bersama dengan bawang goreng. Gaul sebati.

    Akhir sekali masukkan tepung kentang(potatoe starch)dan gaul semula. Kepal dan bentukkan kentang menjadi bulat dan leper mengikut pilihan anda.Mahu yang besar atau kecil bentuknya.

    Bebola Daging

    Bahan-Bahan:
    Bahan-bahan sos:

    20 gm bawang merah
    80 g bawang putih... See More
    20 g kunyit hidup
    10 g lengkuas
    100 g cili kering
    80 g kerisik
    2 sudu besar minyak
    ½ cawan santan pekat
    1 sudu besar sos cili (yang telah dimasak)
    1 sudu kecil air asam jawa 500 gm daging
    100 g bawang merah
    5 g serbuk lada putih
    10 g serbuk lada hitam
    20 g daun bawang
    500 g serbuk roti
    200 g tepung gandum
    5 butir telur

    Cara:
    Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam.Setelah mesra dan sebati, uli perlahan-perlahan.

    Jemput sedikitsebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, golek-golekkan bebola daging dengan tepung gandum kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekalidengan serbuk roti.

    Goreng sehingga garing kekuningan. Sebelum menghidang, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya.

    Cara membuat sos pula, kisar semua bahan kecuali kerisik. Panaskanminyak dan tumis bahan-bahan tersebut hingga naik baunya. Masukkan santandan cili masak, kacau hingga mesra. Tuangkan kerisik dan sedikit air asam. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

    Mee Kari Udang

    Bahan-Bahan:
    1 kati udang
    1. 1 bungkus mee
    2. 2 bungkus kari daging
    3. 2 ulas bawang merah... See More
    4. 2 ulas bawang putih
    5. 3 cawan santan
    6. 2 pokok sawi
    7. ¼ kubis
    8. ¼ bunga kubis
    9. 2 batang keret
    10. 2 biji tomato
    11. 1 bungkus fish ball
    12. 2 bungkus jagung muda
    13. 2 sudu teh garam
    14. 2 sudu makan minyak
    sedikit serbuk perasa

    Cara:
    Panaskan minyak tumis bawang putih dan merah sehingga kuning kemudian masukkan rempah kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan santan biar sehingga mendidih.
    kemudian masukkan bahan-bahan 6 sehingga
    14 .biarkan bahan tadi sehingga masak.

    Soto Daging

    Bahan-bahan
    Bahan- [anggaran 10 orang makan]
    1 kg daging [potong kecil]
    nasi impit atau mee/bihun
    taugeh [buangkan kakinya]
    daun bawang dan daun sup [racikkan]
    bawang goreng
    air secukupnya
    garam
    minyak

    Bahan tumis:
    4 cm kulit kayu manis
    4 biji buah pelaga
    3 kuntum bunga lawang
    5 kuntum bunga cengkih

    Bahan kisar:
    6 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    5 cm halia
    3 cm lengkuas
    3 batang serai
    3 s/b rempah kurma
    1 s/b lada hitam
    5 biji buah keras

    Kicap Pedas [mesinkan halus]
    20 biji cili api
    1/2 cawan kicap manis/pekat
    2 ulas bawang putih
    5 biji jus limau kasturi
    garam

    Pegedil Daging:
    500 gm kentang....rebus dan hancurkan
    200 gm daging kisar
    1/2 cawan bawang goreng
    2 tangkai daun sup.............]mayang halus
    2 tangkai daun bawang.......]
    1 s/k lada sulah
    1 s/b tepung jagung
    garam
    2 biji telur..pukul
    minyak untuk menggoreng

    Cara Memasak
    1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
    2. Masukkan daging garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga daging lembut.
    3. Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun dan daging serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
    4. Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil..

    Pegedil Daging:
    1. Gaulkan semua bahan kecuali telur.
    2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
    3. Celupan kedalam telur yg dipukul.
    4. Gorengkan dalam minyak.
    5. Angkat dan toskan.
    6. Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.

    Nasi Paprik

    Bahan-bahan:
    ½ ekor ayam - dipotong kecil2
    4 ulas bwg merah - ditumbuk
    2 ulas bwg putih - ditumbuk
    1 labu bwg besar - dimayang
    2 btg serai - dititik
    2 biji buah tomato - dipotong 4
    5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
    2 biji limau kasturi - diambil jusnya
    5 helai daun limau purut - carik-carikkan
    bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
    sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
    bahan2 perasa

    Cara menyediakan:
    • Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
    • Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
    • Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
    • Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

    Daging Salai Masak Lemak Cili Api

    Bahan-bahan
    500gm daging salai
    200gm cili api (dikisar)
    1 biji bawang besar (dikisar)
    1 ulas bawang putih (dikisar)
    1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
    1 biji kelapa (di ambil santan)
    1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
    4 biji kentang (dipotong 2)
    2 batang serai (dititik)
    sedikit air
    Garam dan gula secukup rasa
    Cara Memasak
    1) Rebus semua bahan yang dikisar tadi dengan sedikit air.
    2) Masukkan serai dan daun kunyit yang dihiris nipis tadi.
    Biarkan sehingga ia masak seketika.
    3) Setelah itu masukkan daging salai,santan dan juga ubi kentang,masukkan garam dan gula
    secukupnya.
    4) Biar sehingga mendidih dan kacau seketika...sedia dihidang.......

    Gulai Daging Pantai Timur

    Bahan
    500gm daging lembu potong nipis kecil
    2 s/b kerisik
    2 cawan santan pekat
    2s/b gula merah/perang
    2 keping asam keping
    minyak
    garam
    Bahan dikisar
    20 tangkai cili kering
    1 s/b rempah kari daging
    2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
    1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
    7 ulasa bawang merah
    1 labu bawang besar
    3 ulas bawang putih
    3 cm halia
    2 cm lengkuas
    Bahan tumis
    2 cm kulit kayu manis
    3 kuntum bunga cengkih
    2 kuntum bunga lawang
    3 biji buah pelaga
    Cara.
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi
    .2. Masukkan bahan kisar dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
    3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
    4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah.
    Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
    6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
    7. sedia dihidang.

    Udang Mentega

    Bahan- Bahan
    1 kg udang besar (belah belakang tanpa putus)
    1 sudu teh garam
    1 kg minyak
    250 gram mentega tawar
    6 tangkai daun kari
    5 ulas bawang putih (dicincang)
    6 tangkai cili api (dicincang)
    8 biji kuning telur
    250 ml susu cair penuh krim
    1/2 sudu teh serbuk perasa ayam
    1 sudu besar gula
    Cara membuat
    1) Goreng udang yang telah dibersihkan dengan garam sehingga masak dan tos..ketepikan
    2) Pukul kuning telur dan susu bersama serbuk pati ayam sehingga kembang.
    3) Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan .
    4) Tumis bawang putih sehingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar.
    5) Masukkan bancuhan telur dan kacau sehingga mula pekat ,masukkan daun kari, sos ikan , udang goreng ,gula,garam, dan serbuk perasa.
    6) Kacau sehingga bersarang dan garing.
    7) Tuang ke dalam tapis dan biarkan mentega sejat.
    8) sedia dihidangkan.........

    Ayam Percik Stail Kelantan

    bahan bahan
    1 ekor ayam dibelah 4
    1 biji kelapa (diambil santan)
    1 keping asam gelugor
    minyak masak
    serbuk kunyit
    sedikit tepung beras
    garam
    gula
    bahan bahan yang dikisar
    2 biji bawang putih
    5 biji bawang merah
    3 biji cili kering
    sedikit halia
    cara cara penyediaan
    perasakan ayam dgn garam dan serbuk kunyit,
    kemudian bakar ayam sehingga masak.
    cara penyediaan kuah percik
    campurkan santan bersama bahan bahan yang dikisar,masak diatas api yg sederhana hingga santan masak,masukkan asam keping ,garam dan gula secukup rasa,masukkan sedikit tepung berasa utk memekatkan kuah...
    tuangkan diatas ayam yg telah di bakar tadi,..sedia untuk dihidang..

    Ikan Siakap 3 Rasa

    Bahan-bahan:
    1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
    Tepung jagung [untuk salut ikan]
    1 labu bawang besar ] mayang
    2 ulas bawang putih
    ]1 s/b halia
    Minyak untuk goreng ikan

    Bahan sos:
    ½ cawan sos tomato
    3 s/b sos cili
    3 s/b sos tiram
    3 s/b air
    1 s/k gula

    Bahan hiasan:
    1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
    2 biji cili merah ]
    2 biji cili hijau mayang
    2 biji buah tomato [belah 4

    Cara menyediakan:
    1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
    2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dan kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
    3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
    4. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
    5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.


    Sup Ikan Sayur Campur

    • Bahan-bahan:
    • Ikan tenggiri/ikan merah - sepotong bersaiz sedang (untuk dibuat fish ball)
    • Bawang goreng - secukup bau dan rasa
    • Lada sulah - secukup rasa
    • Halia 3cm - dipotong kasar
    • Sayur campur - kobis, bunga kobis, cendawan, lobak, tomato (1biji)Daun bawang
    • Cara menyediakan:1. Ikan tenggiri dibuang tulang/durinya dan ditumbuk halus.
    • 2. Masak air didalam bekas untuk membuat sup tadi sehingga mendidih (kuantiti air ikut suka anda)
    • 3. Apabila air telah mendidih , masukkan ikan yang telah ditumbuk dan dibentuk seperti bebola ke dalam periuk tadi.
    • 4. Biarkan sehingga warna bebola menjadi putih apabila dimasukkan ke dalam air mendidih. Biarkan sehingga 5-10 min. Masukkan hirisan halia
    • .5. Masukkan sayur-sayur ke dalam sup ikan tadi, masukkan lada sulah secukup rasa.
    • 7. Kecilkan api, masukkan bawang goreng dan biar sehingga 5 min.
    • 8. Sebelum dihidang letak daun bawang yang telah dihiris.

    Yong Taufu

    Sos Hitam
    Bahan-bahan:
    200 g taucu hitam (dikisar)
    1 cawan air
    1/2 cawan kicap pekat
    1 sudu makan minyak masak
    1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
    gula secukup rasa

    Cara menyediakan:
    1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
    2. Masukkan air, kacau seketika & biarkan mendidih
    3. Masukkan kicap dan kacau
    4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi.

    Sos Pedas
    Bahan-bahan:
    20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
    1 cawan air
    2 sudu makan bijan
    2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
    1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)garam, gula & cuka secukup rasa
    2 sudu makan sos plum

    Cara menyediakan:
    1. Masak air hingga mendidih.
    2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak
    .3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
    4. Masukkan campuran tepung jagung.
    5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.

    Sup Yong Tau Foo
    Bahan-bahan:
    2 cawan air
    1 kiub ayam
    Bebola/fishcake (bahan-bahan yong tau foo)
    Garam & gula secukup rasa

    Cara menyediakan:
    1. Didihkan air
    2. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut.
    3. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul
    .4. Keluarkan bebola/fishcake.
    5. Masukkan garam & gula secukup rasa.

    Nasi Goreng Seafood Cik Kema

    Bahan2...
    -nasi(yg tlh dimasok)
    -daging,ayam,udang,sotong(ptg kecik2)
    -lada sulah
    -kicap
    -sos tiram
    -bawang putih(cincang halus)
    -sayuran(lobak,kacang panjang,jagung kecik...sbgnye)
    -lada jarum@cili padi(tumbuk-kalu nk mkn pedasla)
    -telur(goreng hancur2 tlbh dahulu ye)
    -garam
    -minyak

    Cara2nya....
    -Panaskan minyak dan goreng bawang putih&lada jarum sehingga garing.Taruh ayam,daging,sotong, dsbgnye.
    -Taruh lada sulah,kicap&sos tiram.
    -Taruh nasi dan gaul sebati.pahtu taruh sayur2an dan telur dan garam
    -pahtu siap dihidangla...

    Kuih-Muih

    Puding Roti

    Bahan-Bahan:
    1 paket roti
    1 kg susu
    Gula secukup rasa
    1 camca besar mentega
    Secubit garam
    1 camca kecil esen vanila
    1 biji telur

    Cara:
    1. Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila.
    2.Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam.
    3.Setelah masak, angkat dan hidangkan.



    Comel Molek

    Bahan2...
    ubi keledek
    gula
    tepung gandum

    Cara :
    1. ubi keledek di rebus sehingga masak.
    2. Apabila telah masak, buang kulitnya & ramas ubi itu hancur..
    3. then gaulkan bersama tepung gandum sehingga ia sebati.. pastikan ubi itu tidak lembik...
    4. kemudian buat lubang kt tengah utk masukkan gula..gula ikut hati sendirilah..then tutup semula lubang itu..
    5. then masak dgn minyak masak...


    Sayur Kailan Hong Kong Cendawan

    Bahan-Bahan:
    200 gm kailan Hong Kong
    6 keping cendawan hitam
    1 sudu besar sos tiram
    1 sudu kecil tepung jagung
    Sedikit air
    Gula dan garam
    Cara Menyediakan:
    1. Celurkan kailan separuh masak, angkat dan toskan serta susun di atas pinggan.
    2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
    3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas sayur tadi.
    Hidangkan.

    Udang Masam

    Bahan Bahan
    :500 gm udang
    6 helai daun limau nipis
    Air secukupnya
    1 tangkai daun bawang

    Bahan Bumbu:
    2 biji tomato (Tumbuk kasar
    )2 cm halia
    2 ulas bawang putih
    1 batang sera
    i4 tangkai cili merah
    6 ulas bawang merah
    Garam dan gula

    Cara Menyediakan:
    1. Rendam udang dengan air limau dan garam.
    2. Tumis bahan bumbu dengan daun limau purut hingga naik bau.
    3. Masukkan udang, kacau hingga berubah warna.
    4. Tuangkan air, masak kuahnya pekat, sedikit mengental
    .5. Akhir sekali masukkan daun bawang.

    Sup Campur

    Bahan-bahan ( 5 orang )
    100 gram daging*
    100 gram ekor*
    100 gram tulang*
    (*direbus terlebih dahulu)
    1 liter air rebusan daging
    10 gram halia (ambik yg muda)**
    5 gram cabai burung**
    5 gram bawang merah**
    5 gram bawang putih**
    (**dikisar)
    20 gram serbuk jintan manis
    20 gram serbuk ketumbar
    5 gram kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
    Garam secukup rasa
    Cara-cara
    Tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga sedap baunye.
    Masukkan plak bahan2 rempah dan tumis hingga naik minyak.
    Masukkan air rebusan, daging, ekor, tulang dan didihkan. Masukkan garam secukup rasa.
    

    Daging Panggang

    Bahan-Bahan:
    600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)
    1 sudu besar jintan manis
    1 sudu besar jintan putih
    1 sudu kecil serbuk lada
    4 ulas bawang merah
    500 ml santan pekat
    1 labu bawang besar
    Garam
    Cara Menyediakan:
    1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih
    .2. Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.
    3. Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.
    4. Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.

    Sunday, March 13, 2011

    Daging Cincang 3 Rasa

    Bahan-bahan ( 5 - 6 org mkn )

    • 500gm daging cincang - dgaul dgn 1 sudu teh srbuk kunyit
    • 1 @ 2 labu bawang besar - dhiris bulat (sedikit tebal)
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • *bawang putih & halia dtumbuk
    • 1 paket kecil rempah kari daging
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 2 - 3 sudu besar kicap manis
    • 3/4 cawan sos tomato
    • 1 sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 batang karot
    • 2 biji kentang
    • * kentang & karot ddadu
    • garam cukup rasa

    Cara-cara

    1. Panaskn 1 senduk minyak
    2. Tumiskn bahan yg dtumbuk & kulit kayu manis hingga layu & naik bau (wangi)
    3. Masukkn serbuk rempah (x prlu bncuh dgn air), kecilkn api & cpat2 masukkn 1/2 cawan air panas. Kacau slalu, agak2 1 minit cukup.
    4. Bolehlah dmasukkn daging, kentang, karot, bawang besar, sos tomato & kicap manis serentak
    5. Kacau & gaul semua bahan datas dengan api sederhana hingga sebati & mesra gitu
    6. Agak2 daging & bhn2 dah 3/4 masak masukkn jga serbuk lada hitam & garam
    7. Masakn ni x perlu trlalu kering...kasi lmbab ckit
    8. Hidang panas2 & klau suka bleh tabur daun bwng & daun sup

    Daging Merah Ala Thai

    BAHAN A
    1 biji bawang merah besar
    3 ulas bawang putih
    1 tangkai cili hijau
    1 tangkai cili merah
    1 cm halia

    Bahan A dihiris untuk bahan tumis.

    2 helai daun limau purut (wangi)
    Perisa :
    Dua sudu besar sos tomato
    Empat sudu besar kicap manis
    Dua sudu besar pewarna merah (cecair)
    Garam sesedap rasa. 


    BAHAN B
    200 gram daging lembu. Potong menjadi empat ketul. Rebus dalam air sehingga mendidih selama sejam. Angkat dan hiris nipis. Goreng sekejap dalam minyak supaya berkilat dan cantik.



    Tumis bahan A dan daun limau purut hingga wangi dan layu. Masukkan daging dan dua senduk air rebusandaging. Tambah sos tomato, kicap manis dan pewarna merah. Masak dengan api perlahan hingga pekat.Tambah garam 1 sudud kecil. Perisakan sesedap rasa.

    Friday, March 11, 2011

    Sotong 3 rasa

    Bahan-bahan ( 3 orang )
    • 6 ekor sotong saiz besar
    • 12 biji bebola ikan atau sotong
    • Kuah
    • 3 camca besar sos cili
    • 3 camca besar sos thai
    • 3 camca besar sos plum
    • (bahan yang perlu dihiris halus)
    • 3 batang serai
    • 1 kuntum bunga kantan
    • 3 helai daum limau purut
    • 5 ulas cili padi (jika inginkan pedas lagi)
    • sedikit garam, boleh tambahkan ajinomoto jika ingin.
    Cara-cara
    1. 1. Bersihkan sotong dan sumbatkan dengan bebola ikan.
    2. 2. kukuskan lebih kurang 15 minit
    3. 3. setelah masak, masukkan ke dalam piring
    4. bahagian kuah
    5. 1. campurkan semua bahan yang dihiris dan juga sos-sos kedalam periuk, jangan lupa garam @ ajinomoto jika ingin
    6. 2. masakkan hingga mengelegak dan curahkan atas sotong tadi
    

    Beef Steak

    Bahan-bahan ( 3-4 orang )
    • Bahan Perap:
    • 。 400kg-500kg daging batang pinang @ yg sesuai
    • 。 2 sudu besar lada hitam biji *
    • 。 1 inci halia *
    • 。 5 ulas bawang putih *
    • 。 2 sudu besar sos tiram
    • 。 3 sudu besar kicap pekat
    • 。 1 sudu kecil garam
    • Bahan Lain:
    • 。 2 sudu besar tepung jagung @ gandum dibancuh dengan air
    • 。 1/2 cawan air
    • 。 1/2 kiub daging @ ayam
    • 。 1 sudu besar butter @ marjerin
    • 。 garam & gula secukup rasa
    Cara-cara
    1. bersihkan daging (tidak perlu potong kecil) dan toskan.
    2. kisar bahan-bahan bertanda * dan campurkan dengan bahan perap yang lain. cucuk-cucuk daging dengan garfu. perap daging bersama bahan perap selama semalaman.
    3. bakar daging yang telah diperap sehingga masak (letakkan sebekas air di dalam oven untuk memastikan isi daging tidak terlalu keras selepas dibakar).
    4. tumis bahan lebihan perap dengan butter sehingga wangi. masukkan air dan kiub daging @ ayam. biarkan mendidih. masukkan tepung, garam dan gula. gaul sehingga kuah pekat.
    5. hiriskan daging kepada kepingan nipis. tuangkan sos black pepper ke atasnya. sedia dihidang ^_~
    

    Mee Bandung

    Bahan-bahan:1 kilo mi kuning dicelur
    2 pokok sawi dipotong2
    1 batang lobak merah di hiris nipis
    11 cawan air rebusan daging/ayam
    1 mangkuk udang hidup
    1 cawan udang kering direndam & dimesin
    4 sudu besar cili boh
    1 sudu besar sos tomato
    2 mangkuk kacang tanah direndam dan dimesin
    6 ulas bawang merah dikisar
    4 ulas bawang putih dikisar
    3 ulas buah keras dikisar
    1 kiub pati ayam
    3 biji telur

    Cara:
    Udang dibersihkan & direbus bersama kulit . Setelah masak sejukkan & kupas kulit udang. Mesin kulit udang bersama air rebusannya dan tapis. Simpan pati rebusan udang ini.

    Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air rebusan daging/ayam, sos tomato & ari rebusan udang tadi. Biarkan mendidih di atas api yg sederhana. Masukkan kiub pati ayam & sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa.

    Masukkan lobak merah & sawi. Kacau seketika kemudiah pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dlm kuah & biarkan jgn dikacau. Setelah telur masak angkat dr api. Hidangkan mi bersama udang rebus, bawang goreng, daun bawang, daun sup. Curahkan kuah ke atas mi.