• Ayam
  • Daging
  • Manisan
  • Mee
  • Nasi
  • Seafood
  • Western

Wednesday, March 23, 2011

Ikan Bawal Masak Merah

Bahan untuk menggoreng ikan:
1 ekor ikan bawal hitam
1 camca kecil kunyit
2 cubit garam

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 batang serai (saiz sederhana)
3 camca besar cili boh
1 camca besar sos cili
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang cili merah (dibelah 2 memanjang)
1 batang cili hijau (dibelah 2 memanjang)
1 biji tomato (dipotong ikut suka)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 camca kecil gula
garam secukup rasa

Cara:
1. Pertama sekali, gaulkan ikan bersama2 serbuk kunyit dan garam sehingga rata untuk digoreng sehingga garing.

2. Sementara menunggu ikan goreng itu garing, kisarkan bahan2 yang untuk dikisar iaitu bawang besar, bawang putih, halia & serai sampai lumat.

3. Setelah ikan goreng garing, kita angkatlah ikan itu lalu masukkan bahan2 yang dikisar tadi ke dalam kuali untuk ditumis. Dalam masa yang sama sila masukkan sekali bahan2 seperti cili boh, sos cili, kayu manis, buah pelaga, cengkih, & bunga lawang. Kacau2 ia sehingga cilinya masak dan naik minyaknya (agak2 dalam 5 minit)

4. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau & bawang besar yg telah dipotong bersama2 gula dan garam secukup rasa. Kacau2 ia dalam masa 1 minit, lepas tu boleh tutup api.

Letakkan ikan di dalam mangkuk dan curahkan kuahnye di atas ikan tersebut. Dan boleh le dihidangkan dan dimakan segera bersama nasi.

No comments:

Post a Comment