• Ayam
  • Daging
  • Manisan
  • Mee
  • Nasi
  • Seafood
  • Western

Friday, March 11, 2011

Beef Steak

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • Bahan Perap:
  • 。 400kg-500kg daging batang pinang @ yg sesuai
  • 。 2 sudu besar lada hitam biji *
  • 。 1 inci halia *
  • 。 5 ulas bawang putih *
  • 。 2 sudu besar sos tiram
  • 。 3 sudu besar kicap pekat
  • 。 1 sudu kecil garam
  • Bahan Lain:
  • 。 2 sudu besar tepung jagung @ gandum dibancuh dengan air
  • 。 1/2 cawan air
  • 。 1/2 kiub daging @ ayam
  • 。 1 sudu besar butter @ marjerin
  • 。 garam & gula secukup rasa
Cara-cara
  1. bersihkan daging (tidak perlu potong kecil) dan toskan.
  2. kisar bahan-bahan bertanda * dan campurkan dengan bahan perap yang lain. cucuk-cucuk daging dengan garfu. perap daging bersama bahan perap selama semalaman.
  3. bakar daging yang telah diperap sehingga masak (letakkan sebekas air di dalam oven untuk memastikan isi daging tidak terlalu keras selepas dibakar).
  4. tumis bahan lebihan perap dengan butter sehingga wangi. masukkan air dan kiub daging @ ayam. biarkan mendidih. masukkan tepung, garam dan gula. gaul sehingga kuah pekat.
  5. hiriskan daging kepada kepingan nipis. tuangkan sos black pepper ke atasnya. sedia dihidang ^_~


No comments:

Post a Comment